Thursday, May 31, 2012

KEADAAN SEMASA MAMMA

Hati Mamma at Thursday, May 31, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Cakkk!!!!
Ngeeeee ;p
Tenggelam timbul je Mamma  pregnant kalini hehe
Bermakna bukan takde masalah
Tapi terlalu bizi dengan urusan harian dan mingguan
Mana nak buat tempahan kek, mana pergi kelas kek weekend nya
Kelas kek lak boleh dikatakan hampir setiap minggu ;p
Pastu mana nak melayan badan yang cepat penat ni lagi
 
Tapi Mamma pelik jugak, penat2 badan pun
Macam2 jugak aktiviti yang Mamma buat
Rajin la sangat tapi bab urusan rumahtangga dan masak2 lauk nak isi tangki sendiri adalah sangat malas!

Harini dah genap 7 bulan usia kandungan Mamma
Lagi lebih kurang 2 bulan lebih lagi
InsyaAllah Mamma menimang cahayamata yang ke 2 :D
Eeeiiiii tak sabar meh :)
Tak sabar la sangat tapi scan pun tidak nya lagi!!! chooiiiii

Semalam pergi check-up dan minum air gula
Aisehhh 
Berat badan yang patut naik 2kg sebulan
Tapi Mamma cuma mampu naik 500gm untuk 2minggu pulak
Masa trimester pertama dulu
Boleh je naik 1kg seminggu dengan selambanya adehhh ;p
Dah terbalik kot jadinya
 
Tapi ini mungkin kerana sebab Mamma ada puasa 
Maklom ler..puasa ganti dok abis2 lagi 
Lagi baki 3 hari lagi
Ingat nak setel minggu ni
Tapi ni datang pulak asma, selsema dan batuk
Sangat2 la tidak larat nak berpuasa woooohhh
 
Pastu pulak masa misi rasa perut 
Kedudukan baby adalah seongsang
Kepala baby berada bawah tulang rusuk kiri Mamma
Tapi takpe sebab kemungkinan baby akan berpusing lagi
Alah malam  tadi kepala baby dah duduk ke kedudukan asal :)

Pastu bila cek hb pulak (kepekatan darah kan)
Adalah di paras bahaya lah jugak bawah bacaan 11.0
Mamma punya bacaan cuma 10.8 ;(
Kemungkina bahaya hb rendah ni
Menurut misi kemungkinan bersalin tidak cukup bulan
Dan pendarahan selepas bersalin
Mintak jauh la semua tu kan. Amin.
 
Ni kerana ubat homeopathy yang Mamma amik dah kehabisan seminggu lalu
InsyaAllah minggu depan sambung balik ubat tu
Bila Mamma makan ubat homeopathy tu
Mamma tak makan dan fokus sangat dengan pengambilan semua zat besi, sayuran hijau lain sangat
Sebab ubat tu cukup segala dalamnya ;)
Tapi ni dah habis jadi kena la sambung kan
 
Mintak la jauh dari segala kemungkinan yang tak baik
Mak takut nyah!

Tuesday, May 22, 2012

SYUKUR SEMUA SELAMAT

Hati Mamma at Tuesday, May 22, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Ekoran kejadian semalam
Papa balik cerita
Rupa-rupanya bukan Papa yang buat bumbung rumah customer pecah
Asst Papa yang tersalah pijak pastu bederappp

Kereputan bumbung yang dah lama
Memang la cepat aje bobosnya ;p
Nasib baik tak ada kejadian jatuh dari bumbung
Sempat balance kan badan 
Alhamdulillah
 
Kereta tu Papa usaha gantikan
Sama juga dengan bumbung customer tu
Ganti je la kan dah insurans tak cover
Janji dornag xde apa2 dan selamat
 
**Lagi 4 hari nak kena pose ganti ;)
Tabahlah wahai perempuan mengandung ;p

Monday, May 21, 2012

DUGAAN HARINI

Hati Mamma at Monday, May 21, 2012 5 Tukang Tambah Links to this post
Memang menduga keimanan betul harini
Lepas satu2 yang datang
Tapi hati tetap redha
Mungkin Allah sedang menguji
'Perkara remeh2 je pun' bisik sendiri pujuk hati

Pagi tadi memang dah lewat
7.30 pg pun bujang belum mandi lagi nak pergi sekolah

Dah terlambat macam tu kan
Mamma jadi lupa nak pack kan baju ke taska bujang
Sudahnya Azie pengasuh taska call bagi tau yang baju bujang tak ada adehh
Dah lunch, nak balik pack baju bujang
Sekali kunci rumah pulak tak bawak
Sebab Papa orang yang terakhir kuncikan rumah pastu keluar pasang Astro
oh ye..Papa dah sah menjadi Astro Installer sebab kod Papa sudah diaktifkan
Jadi sekarang ni Papa sangat2 bizi

Nak suruh Papa balik jauh sangat
Lagipun Papa tengah pasang Astro rumah customer
Takkan nak suh Papa tinggal macam tu je kan
Marah lak orang
Nak tanak kena la call Azie universal balik
Bagitau yang Mamma tak boleh balik sebab kunci takde
Jadinya Mamma mintak tolong Azie tanya kan Ina Universal untuk pakaikan baju adik dia 
 Dia kata boleh
Isskkk sian bujang Kimi kan
Pastu tak tau nak lepak mana
Lepak rumah jiran aje
Lepas lunch masuk keje perut pun lapo tapi tak de mood nak makan
Pastu Papa sms bagi tau masa tengah dia pasang Astro kat rumah customer
Genting rumah orang terjatuh dan terkena cermin kereta  orang
hadoiiiii
Kereta Viva jer namun dah nama kereta orang
Papa cakap nasib la orang tu tak marah
Call pejabat Astro tanya insurans Papa yang Papa registerkan untuk jadi Astro Installer tu boleh guna tak
Pejabat Astro kata tak boleh, jadi kena la ganti duit sendiri
Tunggu je la Papa balik dari pasang Astro petang karang
Sambung cerita Papa lak
Nak call2 Papa pun bizi
Harap2 takde pape la selepas kejadian tadi
Rasa letih gila nak menghabiskan sisa harini
Harap esok lebih baik kan ;)

Cepat lah masa berlalu...

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU

Hati Mamma at Wednesday, May 16, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Lama tak update pasal bujang kan
Oh ya! tu baju sekolah kaler pink tu dah lamadapat dah
Dalam 2 bulan jugak la

Mamma cakap kat dia, pinknya baju sekolah Kimi
Kimi nak pakai ke??
Sebab kalu pink-pink ni dia kurang sket, perempuan sangat katanya ;p

Sekali dia cantas
Alah semua orang pakai kaler sama jadi xkesahlah!


Sejak 2 menjak ni
Mamma rasa bujang agak manja
Saja je dia buat rengek2 macam budak kecit
Suara dia saja dia kepitkan kasi nampak macam budak kecit tak cukup umur!
Kadang naik rimas tamu tapi mungkin nak dapat adik 
Tu Mamma sabau je layan kerenah dia

Ada tu sampai atas riba dia duduk tengok tv
Pastu pulak tido mesti nak berkepit ngan Mamma je
Dan terbaru masa nak tido dia cakap

Nanti nak suruh baby panggil Kimi 'Abang Long'
 
Okeh malam tadi bersengkang mata siapkan cupcake sempena Hari Guru neh
Nak kasi cikgu katanya
Dalam tu ada 16 cup dah ok la tu nak kasi kat cikgu-cikgu dia yang cuma 6-8 orang je


Apa-apapun 
SELAMAT HARI GURU dari 
Bujang dan Mamma :))

Monday, May 7, 2012

HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 7 ;)

Hati Mamma at Monday, May 07, 2012 4 Tukang Tambah Links to this post
05.05.12 genap la 7 tahun usia perkahwinan Mamma dengan Papa
7 tahun kenal 7 tahun kawen
Total 14 tahun dah kami kenal :)
Semoga terus diberkatiNYA

Letih sangat nak update entryt anniversary ni Ahad lepas
Sebab Mak dan kakak serta anak buah ada datang dari Terengganu 
Tu yang sibuk melayan diorang sampai ke KL nyopping nya
Tu yang terbabas update entry

Sabtu malam lepas buat RED VELVET sempena sambutan kalini
Biasanya pergi kedai sambut dengan kek beli jerk
 Kalini Mamma bikin sendiri kek ni 
Kek merah menyala neh lambang cinta kami **buweekkk
Ahad pagi kami selebrate kejap sebelum Mamma bertolak ke KL dengan bujang
Papa tak ikut sebab Papa penat jadi duk rumah ajelah berehat
Asyik keje je Papa tu yan g letih sangat2
Jadi Mamma je lah pergi KL ngan bujang sebab Mak memang dah ada kat KL ahad tu kat rumah adik kecit

 

 Papa cakap kek neh sedap gila :)
Mamma makan pun tak kurang gila wahahahaha
Kimi antara orang yang tak sabar nak makan kek yang cantik neh
Selain dari kek
Mamma jugak buat Red Velvet Cup Cake
Sesuai untuk kanak2

Lepas sambutan kami terus berdesup ke KL
Mak tengah tunggu kan

 
 Sampai rumah adik kat kecit kat Bangi
Lepak jap siap makan nasi lagi ;)
Terus terjah Jalan TAR dengan SOGO
Pastu desup ke Nilai

Petang kitorang balik ke Melaka
Malam kaki Mamma bengkak gila dah macam kaki gajah!
Letih pun yer jugak ;p

Apa2 pun Mamma tak menaruh harapan yang besar terhadap usia perkahwinan kami
Cuma Mamma harapkan
Kami bahagia dan diberkatiNya dengan limpahan kasih sayang 
Serta dikurniakan anak2 yang soleh dan solehan

Thursday, May 3, 2012

NASI DAGANG DALAM RUMAH!!!!!

Hati Mamma at Thursday, May 03, 2012 2 Tukang Tambah Links to this post
Harini masak nasi dagang sempena mak datang dari Terengganu
Meraikan kedatang ibunda katakan
Banyak jugak Mamma buat nasi dagang
Dalam 2 kg

Ni gambar amik time balik lunch
Dah tinggal secoit je lagi ;)
Pagi tadi xsempat nak ambik masa tengah penuh lam peyuk kan 
 Adik kecit dari KL pun datang siap amik cuti lepak sama2 rumah Mamma
Dia kata macam hari raya lak rasanya
Sebab buat nasi dagang banyak2 hekhekhek


Sangat nyummmeh!!!!
Dah lama tak pekena nasi dagang
Sekali kena memang terangkat :)

~~ nyum-nyummm ~~

Mamma perasan sangat-sangat
Mood memasak macam dah datang balik setelah lama ke laut ;p 
Lagi gambar makanan bakal menyusul :))

KEPUTUSAN DARAH

Hati Mamma at Thursday, May 03, 2012 2 Tukang Tambah Links to this post
Ramai jugak yang nak tengok  pic Mamma yang latest
Sabor2 lah wahai peminat **puuiiii
Mamma skang sekarang tak berminat nak bergambar dengan peminat **kahkahkah
Kenapa ntah 

Semalam pergi klinik untuk check up
Sambil2 tu akan dimaklumkan keputusan ujian tiroid haritu

Keputusan adalah agak mengecewakan
Apabila dimakulmkan bahawa hormon Mamma agak rendah
Namun tak membimbangkan

Tapi Mamma tak pasti sebagaimana yang dikatakan hormon rendah
Mamma agak keberatan nak bertanyakan kat doktor
Sebab dah letih dan terlalu lama menunggu
Sampai doktor tu Mamma rasa membebel sorang2
**ahlantaklah!

Masa doktor cakap tu Mamma cuma nak balik tidor je
Pastu cuma tangkap hormon rendah je
 Lepastu berat Mamma naik macam biasa
Tak pernah menghampakan
Sampai 2kg dalam masa 2minggu
Dan bahananya Mamma kena minum air gula hujung bulan neh
Yeaaayyyyy!!!! **Ciss!!

Pagi tadi pukul 5.20pagi Mak datang dari Terengganu
Dengan Kak Na dan anak2nya
Nak shopping raya katanya
Awalkan??? **cessss ko kakak haha!!
Dan2 rasa hormon tinggi
kahkahkahkah

Sempat Mamma masakkan nasi dagang kegemaran
Untuk santapan mak dan sekeluarga kami pagi ni
Next Mamma up gambar Mamma Nasi dagang yang hot tu ;p
tata
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting