Wednesday, February 29, 2012

AYAH SENTIASA DIHATI

Hati Mamma at Wednesday, February 29, 2012 3 Tukang Tambah Links to this post
Ye harini genap 8 tahun ayah mengahap ilahi
Selama 8 tahun juga Mamma hari-hari ingatkan ayah di sana
Hari-hari jugaklah ayah dibekalkan dengan hadiah kecil dari seorang bernama anak
Ayah pergi pada 29 Februari 2004
Bersamaan 7 Muharram 1426
Tarikh yang kedatannya cuma disambut 4 tahun sekali
Namun memori ayah sentiasa dihati
Ya Allah
Kau tempatkanlah ayahku dikalangan orang-orang yang beriman
Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya
Kau ringankanlah azab kubur ke atasnya
Ya Allah
Kau ampunkanlah segala dosa ayahku Ya Allah
Amin Ya Rabb

Friday, February 24, 2012

1ST TIME BUJANG BERMAULIDUR RASUL

Hati Mamma at Friday, February 24, 2012 2 Tukang Tambah Links to this post
Pagi tadi sekolah bujang anjurkan maulidur rasul
Kimi excited la sebab ni pertama kali katanya ;p
Pagi tadi pulak tak sabar2 nak pergi sekolah haisshh

Lepas hantar dia, Mamma masuk office kejap
Lepas bukak opis Mamma datang balik dalam pukul 9 macam tu
Siap dengan barisan dah budak2 ni :)

Lepas dah elok semua
Masing2 start selawat atas nabi sambil jalan
Dalam jalan2 tu semua berterabur hahahaha
Gigih la cikgu2 semua
Sampai bunga manggar tercabut dari batang pun ada hahahahaha

Jalan berpasangan dan pimpin tangan
Bujang duduk belakang
Aisshhh tinggi ke Kimi neh???

Lepas2 pusing sekitar masjid
Terus masuk masjid baca yasin doa bagai
Mak2 la yang baca yasing, budak2 ni semua buat onar dalam masjid
Turun masjid balik

Terus beratur nak amik makan
Mamma follow je dari jauh

Cikgu2 tak ketahuan masing2
Sebab semua dah diluar kawalan kekekeke
Nak gelak je sepanjang Mamma kat sana
Agaknya nak marah tapi ibubapa sekililing je duk perati ;p

Kimi bawak donat je tadi
Tu pun Mamma beli kat kedai hehehe
Sebab cikgu kata bawak sikit je
Takmau banyak2 jadi kalau nk buat sendiri sangat la penat rasanya

Kimi belasah kek sapa bawak ntah
Dia duk ratah aising
Keknya dia ramas macam nak perah santan
Apo la anak oiii
Bila la nak matang haiisshhhh

Thursday, February 23, 2012

PAPA DAN KIMI

Hati Mamma at Thursday, February 23, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Asyik duk achum achumm achummm
Selsema datang balik nampak gayanya ;(
Asma dan batuk hari tu pun lom hilang lagi
Bila la gamaknya nak berakhir semua neh
Tak larat dah badan duk tanggung

Ni bawah gambar 2 beranak tengah download game kat Pizza Hut malam tadi
Duaorang ni kalau bab game memang sangat akrab
Tidur sebantal minum secawan la jawabnya ;p

Kadang2 tu Mamma lak tension
Sebab Mamma akan keseorangan kalau melakukan sesatu perkara ;p
Tak pun macam Mamma ni tak wujud je depan mata korang ekk???
Haiissshhhhh


Tapi cuba kalau tidak melibatkan game
Asyik bercakaran aje 2 orang neh ;p

Pun Mamma tensen jugak
Bising la woiiii!!!

Tuesday, February 14, 2012

KO MEMANG SUKA MENCABAR MAMMA KAN MIMI???

Hati Mamma at Tuesday, February 14, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Kadang2 Mamma saja panggil Mimi hahaha
Saja Mamma sakat dia kehkehkeh
Ada tu dia suka, ada tu bujang marah gila-gila
Time ni Mamma suka gila-gila tengok bujang marah

Okey berkenaan tajuk kan
Selalu Mamma tanya dia????
Daripada Mamma cool akan sesuatu perkara
Kadang2 bujang seolah2 mencabar kesabaran Mamma dan Papanya
Itu tau, memang adat dalam mendidik anak

Semalam betul2 dia buat Mamma meradang nyeh!
Suruh dia buat homework dari jam 6.30 petang sampai dekat jam10 malam tak siap lagi
Homework pun bukannya apa
Kaler-kaler ajer meh!!
Ada la dalam 2 pages ajerkk

Tapi dia ni Mamma dah tau sangat dah
Kalau kerja-kerja mengaler dia MEMANG tak suka dan TAK AKAN PERNAH suka!!!

Dah macam2 gaya dia nak kerjakan colouring dia nih
Mamma dia tak yah la korang tanya lagi
Tahan jerk huhuhu tunggu nak meletops je

Aksi tonggeng-tonggeng, kuak lentang semua dah keluar
Bujang siap menangis nak siap colouring ni
Korang percayalah!
Colouring tetap tak berusik

Tengahari lepas makan nasi kat kedai
Kedai okay..mak tak masak dah 3bulan muahahaha
Tekak agak menjahat nak makan lagi
Bungkus set ini di tepi rumah

Tingg!!!!
Hayam sudah hilam
Yang belen tanak makan kita kasi bujang la habiskan malamnya kehkohkeh
Agak kejam ibu bujang di sini hakhakhak

Kimi makan tanpa menanya mana pergi hayam dalam kotak neh
Tang ni Mamma respek Kimi jugek :)
Sekali tengah2 makan homework tak jugak siap
Tak pe sebab kasi anak makan dan rehat2 kan

Dia makan coleslow atas sofa
Kentang putar dah habess dulu
Sekali sudu coleslow dah jatuh atas lantai
Mamma dah menyinga terus
Dia terperanjat terus terkebelakang mengakibatkan coleslow terpelanting atas sofa sikit
Mamma terus bertukar jadi dinosour
Bila-bila masa boleh mamam bujang ni

Bujang pulak memang tau sangat perangai gila Mamma dia
Kalau dah bertukar hakkkcaaaiiiii!!!!!!

**ok sini tukar nada sikit yerkkk

Aku terus capai dia terus henyak dia kat sofa sebelah
Kiri kanan tangan tak henti2 debik buntut dia
Dah la aku geram dia buat colouring sampai dekat 5 jam tak jugak siap2
Lepas tu ke sana ke mari boleh pulak
Lepas tu dah macam2 gaya dia present kat aku yg memang tengah penim2 melayan diri sendiri
Sambil mulut duk memetir tak renti2 tangan duk mengelap2 sofa dan lantai
Dia pulak nangis terisak2

Korang cakap aku
Budak mana tak nangis kalau dah kena cam tu kan huhuhu
Tengah2 meleter cam nenek kebayan tu

Aku cam tersedar tak baik beno aku buat camni
Dalam tak kesedaran menahan marah 5jam tadi tu
Last2 sekali terkeluar jugak amarah yang menggunung gitu
Tapi aku tak ada caci maki
Adat aku setakat marah ajer tapi muka memang kompom dinosour masatu ;p

Papa balik kerja semua dah cool down
Dinosour nya muka pun dah kembali bertukar muka Mamma balik muahahaha
Eh eh Papa yang habiskan coleslow tu kehkohkehkohkeh
Sebab bujang dah tak ada selera nak habiskan coleslow tu
Kesian pulak aku tengok

Lepas aku marah macam nak gila tadi tu
Bujang terus jadi baik
Kerja2 meng'colouring' terus jadi 10 minit je terus siap
Adehhhh Mimi ooo Mimi

Masa nak tido aku ada tanya sesuatu
Bujang kata

Masa Mamma henyak kat sofa tu tak sakit
Tapi masa Mamma debik tu sakit lah!

sob sob sob
Setahun mesti ada sekali pesen ni haaaiiisshhhh

Friday, February 10, 2012

SAYA LAYAKKAH???

Hati Mamma at Friday, February 10, 2012 3 Tukang Tambah Links to this post
Apa saya nak kata ek...
Eh eh mana kata ganti nama Mamma????
Ah tak pe la, kalini saya nak berbahasa 'saya' pulak ;p

Tengah duk melayan loya penim2 soram diri di pagi selasa hari tu
Datang sorang tua perempuan mintak tolong faks dan faks dan faks dan tulis pos laju bagai
Sambil saya pula sampai berair mata laya sakit kepala
Tapi layan tetap layan dan berbahasa yang baik sambil suruh makcik tu duduk bagai

Dah semua siap setel dalam 20 minit gak layan kerenah makcik tu
Makcik tu tanya saya berapa servis faks tadi
Saya kata RM5 saja makcik sambil senyum
Dia hulur bayaran tadi sambil hulur bayaran ekstra sebanyak RM20

Saya tanya Eh kenapa ni makcik???????

Eh nak amik la..makcik sedekah kat kau
Amiklah

Sambil tolak2 ke saya sambil tangan saya pulak tolak2 tangan dia sambil berkata

Eh makcik tak payah lah
Lagipun saya tolong saja makcik tadi tu ikhlas
Lagipun saya dah ada gaji bulanan

Eh bukan nak menunjuk saya ada gaji tauuu
Saya cakap mende yang betul saja ;p
Tah macamana saya mengalir air mata
Kenapa saya yang patut dapat ek???
Sedangkan dah ada gaji tetap setiap
bulan
Bukan maksud saya tak nak terima sebab duit saya banyak sangat ke apa ke kan
Bukan bukan bukan bukan sangat sangat
Sementelah gaji sendiri pun kena potong hampir RM800 sebulan kan huhuhu
Kalau kasi makanan tu ramai sangat la yang kasi
Ni duit beb! duit beb!!
Ntah la..rezeki ke apa ke apa????

Amik la nak, kalau anak tak amik nanti makcik menangis
Amik la..makcik kan kalau tengok permpuan sebaya kau ni
Makcik sayang sangat sebab makcik ada sorang je anak perempuan macam kamu ni
Tapi duduk kat KL
Duit ni anak beli la makanan berkhasiat ye

Sebab dia dah interview saya masa memula dan dia tau saya tengah preg
Saya tersentak dan mengalah dalam menerima duit itu
Untuk melegakan hati tua sorang ni
Lantas dia berlalu dengan saya pula duk kesat2 air mata nih

**Saya yakin rezeki Allah dah janjikan untuk setiap umat walau apapun terjadi terhadap kareer saya sekarang...chhaiiihhh kareer la sangat khenn

Wednesday, February 8, 2012

ASTHMA YANG TERUK

Hati Mamma at Wednesday, February 08, 2012 1 Tukang Tambah Links to this post
Sepanjang preg
Dah nk masuk 2 orang anak
Ni la asthma paling teruk Mamma kena

Minggu lepas minggu paling hazabedah sepanjang preg
Dengan Asthma, selsema, pening, loya, demam dan batuk
Semua bersatu sampai Mamma pergi jumpa pakar bidan huhu

Mamma dinasihatkan untuk berehat dan jagan stress sangat2
Doktor dah saran makan ubat yang dibekalkan sebeban untuk Mamma
Semua 5 jenis ubat untuk ditelan huhuhu
Sunggu melarat rasa hati masatu

Makan ubat semua ni terutama ubat asthma ni, dan jangan pikir pasal anak sangat, anak leh wat lain, nyawa ibu penting...
Kata doktor

Haukam you doctor kata macamtu
Nak dapat yang seken ni wape lama ai nak tunggu
Ni pulak dia ckp jgn pikir pasal anak warrghhhhh
Desis dalam hati jerkk huhu

Dia cakap macamtu sebab Mamma risau
Takut2 effect makan ubat sebeban tu
Mak mana yang tak risau kan

Lepas seminggu makan ubat tu
Alhamdulillah Mamma beransur ok
Cuma tinggal batuk2 kahak dan asthma yang xberat sangat
Dan mabuk2 yang sentiasa pening2... normal kan???
Tapi kadang2 raa macam tak normal dah Mamma ni ..adehhh

Semalam pergi buat buku
Ada tanda hijau sebab risiko keguguran
Sebabnya lagi Mamma pernah ada sejarah keguguran

Alhamdulillah lagi syukur lagi
Sebab Mamma dan kandungan sihat
Walaupun wengggg sikit akibat meloya dan pening ;)

Wednesday, February 1, 2012

SAKIT LAIN PERGI, SAKIT LAIN LAK DATANG

Hati Mamma at Wednesday, February 01, 2012 0 Tukang Tambah Links to this post
Biasalah, dah nama pun tengah membawak kan
Tengah tetapkan hati kuatkan semangat aje ni

Ahad lepas cair mulut tiba2 hilang tau
Mestilah hati berbunga riang :)
Rasa macam ada selera balik nak makan
Tapi malas tu tetap ada lagi
Baru je nak meraikan keadaan ni

Papa tiba2 demam yang maha panas
Pergi klinik, lepas tu
Tup-tup semalam Mamma pulak sakit kepala
Malam pulak menggigil-gigil demam
Pastu diiringi dengan batuk2 yang menekan perut ;(
Tambah lagi sakit badan macam buat kerja berat sangat2
Padahal xbuat kerja pun satu

Suruh Papa urutkan badan bahagian belakang
Lega sikit namun datang balik sakitnya
Nak kerja mood dah terbang ke mana
Tadi pun masuk kerja sekerat hari je huhuhu
Petang ni nak pergi klinik..

Harap baby tak de pape
Sebab Mamma duk makan ubat selsema untuk orang preg
Namun hati tetap gusar :(

**Rasa nak balik kampong mengadu kat mak...huwarrghhhhh
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting