Thursday, January 26, 2012

SALAH SATU SEBAB TANAK MAKAN LUAR!

Hati Mamma at Thursday, January 26, 2012
Tadi lunch makan Nasi Goreng Ayam
Tapi sayang seribu kali sayang
Depa tumis cili tak masak
Mengakibatkan mulut Mamma yang cair ni terasa makan cili boh semata!

Huh! kat tepi nasi tu ada sup
Sup macam air masak beb!

Nak tulis ke tanak
Tapi tulis takut Mamma termengutuk kaw-kaw pulak!
huhuhu

Okey macam ni la
Mamma nak kongsi jugak rasa hati neh
Dah nama blog pun hatimamma meh! keh keh keh
Dengan bahasa yang puitis sekali ;p

Sebenarnya Mamma dah terperuk kat Melaka dah 13 tahun nak oiii!!!
Bukan jangka masa yang pendek atau kementot kan????
Sebahagian dari umur ni duk makan orang melaka masak aje la
Sampai 'tersihat tak semengah' pun makan hasil air tangan orang melaka jugek! ;p

Kat Melaka masakan Asam Pedas memang sendap! mantop! superb!
Sampai jilat pinggan meh! betul ni :))
Korang2 yang luar dari Melaka jangan ada ahti nak 'celen' taww ;p

Tapi kalau masak2 lain semuanya adehhh malas nak cakap
Dari kajian peribadi selama 13 taun Mamma menetap Melaka
Orang Melaka kurang pandai masak selain asam pedas!
Kebanyakan kedai penduduk tempatan yang Mamma masuk
Apabila minta menu masakan panas, hasilnya macam kat atas sinun!

Eh eh eh jangan la melenting macik kakak adik oiii :)
Bukan semua la kan
Ada jugak orang Melaka pandai masak meh!
Sedap tu
bak kata lain memang SEDAP lah!
Huh dah dapat beza dah kekekeke

Kalau ikut Mamma ni, kalau makan kedai tatkala tak masak
Mamma akan pergi kedai yang dah biasa sangat Mamma pergi
Pendek kata takut nak masuk kedai yang tak pernah pergi!
Kalau dah bosan sangat nak pergi kedai yang sama

Tak ada pilihan lain
Mamma jengah kat fast food tak pun kedai tomyam!
Ini adalah selamat untuk nilai duit poket kamiorang
Sementelah Papa pulak seorang yang cerewet makannya yang juga berasal dari Melaka
Jugak mengiyakan pendapat peribadi dari Mamma :))

Bukan tujuan nak menjatuhkan ekonomi penduduk melaka
no no no no tidak sama sekali
Nama kedai pun Mamma tak taruk taww~~~~
Tapi ini cuma ahtimamma saja

Kalau ada yang terasa, mahap la
Pastu kebetulan pulak ko ada kedai makan kan kan kan
Sila amik secara positif dan tingkatkan skill memasak
Takmo la masak membabi buta! takmo! takmo! takmo!!
Harapan semoga kedai kamuorang laku
Dan Mamma jadi pelanggan tetap kamuorang! :))

Pada pelanggan macam Mamma ni
Bukannya nak merungut rezeki depan mata
Apatahlagi kalu teringatkan penduduk dunia di somalia pun belum tentu dapat makan nasi goreng cili tak masak camni kan ;p
Tapi kami para pelanggan cuma mengharapkan pulangan nilai di atas wang yang kami laburkan!

**peace no war!

0 Tukang Tambah:

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting