Wednesday, March 30, 2011

LAMA TAK TEPEK

Hati Mamma at Wednesday, March 30, 2011 2 Tukang Tambah
Kann????
Lama betol tak tepek mende2 yang menjejes air liur ni ;p
Ini semalam punyak cerita

Menu :
Masak lemak pucuk paku
Ikan selayang goreng
Budu!


Masak semua ni masa balik rehat tengahari
Sempat la Mamma makan dengan Kimi
Kimi makan pulak pucuk paku tu
Sampai 2 senduk dia balun nasi tu ;))


Selera cerewet Papa mana nak masuk pucuk paku budu bagai kan

Ikan selayang goreng sama
Sotong sambal semalam!

Katanya :
Takpe semalam pon Janji makan!!! ngeeee

KIMI SUDAH DAFTAR SEKOLAH

Hati Mamma at Wednesday, March 30, 2011 2 Tukang Tambah
2 hari lepas Mamma daftarkan Kimi untuk masuk ke sekolah rendah (28 Mac 2011)
Sekolah Kebangsaan Lereh aje ni ha
Dekat bebenor la dengan PID

Sekejap aje daftarnya, 10 minit tak sampai
Tapi asek tertangguh2 je ;p
Tu yang jadi lambat jugak

Masa daftar, bawah sijil beranak yang original aje
Sebab kerani sekolah akan cop kat belakang sijil beranak tu
Menandakan kita dah daftar kat sekolah tu

Mamma ada tanya kalau darjah satu ni nak pergi sekolah lain
Kerani tu kata, kena datang cancelkan dulu cop yang dahulu
Lor pulak, ingat pergi je daftar sekolah lain terus hahahha
Mana tau kan, tetiba nak antar anak sekolah oversea pulak hahahahahampeh!!

Tapi kimi dikira lewat jugak daftar sekolah tu
Ikutkan anak jiran, anak dia umur 3 tahun dah daftar untuk darjah satu
Pampers pun duk pakai lagi

Teringat zaman Mamma kecit2 dulu
Rasanya tahun depan nak sekolah darjah satu
Tahun ni baru daftar kan?? eh, ke daftar taun yang sama jugak???
Ntah memang lupa la, tapi tak seawal sekarang ekk

Pelik la sekarang kenapa kena daftar awal
Sekolah tak cukup ke apa??

Tuesday, March 29, 2011

TINDAKAN KENA PANTAS!

Hati Mamma at Tuesday, March 29, 2011 4 Tukang Tambah
Bertitik tolak dari ketidaksanggupan Mamma membawa Kimi ke PID
Masa hari last (last wednesday) hantar Kimi ke rumah Cik Ilah tu
Bersamaan rimau dan mengaumkan

Balik kerja je Mamma amik Kimi terus hanyut ke luar tanpa arah
Hahahaha keluar makan sambil open table untuk kami anak banak la
*Lama sungguh tak open table sana sini kan ;p

Sekali pergi rumah rakan setaman, sejoggingdan segosip kan
Sebenarnya nak tanya kursus NIOSH
Mintak tolong tok laki rakan setaman ni la
Kursus yang mana satu sesuai untuk Papa
Sebab Mamma sudah paksa Papa amik kursus ni
Sebab tok laki dia lagi arif hal2 ni
*NIOSH tu kursus keselamatan. eh betul ke Jai??

*gambar cilok dr fb beliau

Sekali mak tertanya pulak hal Kimi
Sanggup ke dia jaga.
Dia kata no hal je boleh. Nanti tahulah dia cane nak handle Kimi. katanya.
Hahahahahahhaha tau yerkkk.... ;p

Dia dia dia
Apa tadok nama ke apa
Okeh Mamma perkenalkan
Rakan setaman, sejogging dan segosip heheh
Cik Ajai *layak dipanggil Kimi la. bukan aku.
Start April kalau tadok aral

Harap kalini tadok masalah
Tak lama Jai, 3 bulan je tau ;))
Senang Mamma nak set up apa yang patut dalam masa 3 bulan ni
Senang nak ke sana sini

Harap menjadilah apa yang aku angankan
Kalau menjadi, ko jaga terus la Jai hahahaha

Monday, March 28, 2011

MAMMATAK SANGGUP

Hati Mamma at Monday, March 28, 2011 2 Tukang Tambah
Mana taknya
Lepas hantar Kimi rumah Cik Ilah rabu lepas (last day)
Khamis dan jumaat Mamma terpaksa bawa Kimi ke PID

Apa segala bawak la kan
Siap beli mee goreng, download game
Jugak tak lupa download video upin&ipin, chugginton, pocoyo dll
Sampai Mamma melarat download cerita Hantu Kak Limah Go Back Home huhu
Semuanya makan saman sekejap2 saja
Sampai Mamma siap pegang ruler panjang untuk menjinakkan bujang teruna!
*sampai patah 2 ruler tu kena hempuk kat meja!
Suara Mamma jangan cakap
Dah macam tarzan dalam opis sendiri

Kebetulan tandas Mamma pintunya dalam PID
Tambah lagi air slow
Kejap2 bujang teruna nak kencing
Letih mak!!!!
*siyes tambah nak menangis tau

2 hari rasa macam 2 minggu dah
Cubaan kalini sungguh menambah tekanan dalam jiwa

Zell!!! aku tak sanggup dah rasanya

Wednesday, March 23, 2011

SAMPAI GENYUT BARU NAK KELUAR

Hati Mamma at Wednesday, March 23, 2011 0 Tukang Tambah
Hah tengok tengokkkk
Sampai genyut muka rimau Mamma tau!
Punya la lama tak mengaum!
Punya la lapo lama tak menggigit!
Sampai luruh semua isi gusi!

Petang ni rimau dah mengaum ;p
Sakan lak tu mengaum sebab lama sangat tak mengaum kan

Segala tunggakan gaji dah masuk!
Leganyaaaaaa...

Ezey cakap boleh la isi minyak kereta penuh2

Haippp haippp apa hal nak isi penuh2
Karang tak pasal2 kena datang kerja hari2
Tak ada alasan pulak nak monteng!!!
hahahahha

MAMMA KENA CARI BARU LAGI KALAU LAGU NI...

Hati Mamma at Wednesday, March 23, 2011 6 Tukang Tambah
Ingat kan Cik Ilah adalah orang terakhir jaga Kimi
Ini timbul pulak masalah lain adehhh

Rumah Cik Ilah ni ada beberapa ekor kucen
Sapa suka kucen
Mamma terus terang tak suka kucen
Tapi tak sampai nak pijak sampai mampuh makhluk sekor ni kalau bertentang mata ;p

Salah satu sebab bulu dia la kan melekat sana sini
Lagi satu sebab dia tak basuh kaki masa nak masuk rumah ;p

Masa deal dengan Cik Ilah ni pulak
Kalau dia jaga Kimi, dia akan halau la kucen tu suh main kat luar
Masalahnya dia tak buat macam tu
Masa Mamma amik Kimi lepas kerja
Kucen tu cantek je melepap kat tengah rumah
Ada satu hari yang lain, kucen tu meleseh2 lagi kat kaki Cik Ilah

Itu tak apa lagi kan
Tuala Kimi yang buat lap mandi, siap bersepah celah kusyen2 yang agak kepam
Mamma dah mula geli, yelah tuala tu patut sidai supaya bakteria yang ada tak membiak bersama bulu2 kucen yang berterbangan :(

Takkan Mamma nak paksa Cik Ilah halau kucen yang sememangnya dia sayang
Korang yang suka kucen pun tak sanggup kan kan kan
Takkan semata2 Kimi, Cik Ilah sanggup nak halau kucen yang dah bertaun bertapa kat rumah dia kan
Kimi tu bukan sesapa pun kat Cik Ilah
Seminggu ni aje pun baru kenal waaaaa

Masalah besarnya sekarang
Asthma Kimi datang balik
Siap bunyi lagi dada bujang teruna Ai tau
Macam nak roboh tau ;(
Sekarang ni dah dekat seminggu kena cam tu
Ye la kan, Cik Ilah jaga Kimi pun dah seminggu lebih

Sesapa takkan tak tau
Kalau asthma kena jauh2 dengan kucen
Ini kan pulak kalau memang dah ada
Yang tak ada asthma pun boleh ada
Lain la ko kuat sangat, cium kucen cane pun tetap tak kena jugak

Kimi tu masa lahir sampai umur 3 tahun memang ada asthma
Tapi sejak setahun lebih jugak tak kena asthma
Lega la kan
Ini kena balik la pulak

Masalahnya sampingan pulak
Cik Ilah dah janji nak halau kucen time Kimi kat rumah dia
Rupanya dia tak halau siap kantoi ngan Mamma dua kali lagi
Dia tipu tipu tipu lagi waaaa

Adakah patut Mamma cari pengganti Cik Ilah demi kesinambungan hidup Kimi yang lebih sejahtera??????
Kesian pulak Cik Ilah tu, macam mengharap Kimi duduk situ ;(

Rasa stress sungguh la dengan masalah tak sudah2 ni
Yang majikan ni satu, bila nak bayar gaji ai??????

Monday, March 21, 2011

SPEECHLESS

Hati Mamma at Monday, March 21, 2011 2 Tukang Tambah
Terus terang ni
Jumaat lepas aku tak pergi kerja
Duit minyak tak putus langsung!
Laki memang la ada
Tapi segan gak nak mintak
Sebab hutang piutang mak yang lain2 tu dah tok laki tolong cover ;(
oooo aku sedih dengan diri sendiri
Serta rakan seperjuangan

Check akaun meben macam biasa la
Sehari 40 kali log in pastu log out

Tetiba angka RM10.35 bertukar jadi RM110.35
Takkan gaji Ai untuk 2bulan sebanyak itu aje
Kawan2 lain ada yang berdendang dah gaji petang jumaat tu
Ai punya??? Takkan gaji Ai 5sen sehari????

Sekali dapat mesej..

I hv put some money into ur
mybank..hrp dpt krgkn beban

mu...xbyk pun..xyah la byr neh...u

make me cry la...

Teka dari sapa???
Dari adik kecit Mamma la warghhhh

SPEECHLESS ;(


* Tujuan entry ini hanyalah untuk melegkan rasa...
Namun untuk adik, aku menghargainya..

Thursday, March 17, 2011

BILA AI DAH GLEMER KANNN....

Hati Mamma at Thursday, March 17, 2011 5 Tukang Tambah
Wa ha ha ha
Kan baru ni masuk paper ;)

Ramai la nak add Mamma kat fb Mamma

Cakap kat Papa
Cerita busuk macam tu pun ada yang nak kenalan yerk bang ;p
La ye ke??? bia betik??? papa kata kan
Aiii bang, betik la... ha ha ha

Itu baru menebeng kat pc lapuk kan
Kalu Mamma masuk bintang realiti, mesti menang sebab ramai undi!
Dunia dunia...

Mana yang add, terima kasih la ye..
Terharu mak
*sambil kipas rambut dengan tangan ~ ketwok!!

Tuesday, March 15, 2011

....

Hati Mamma at Tuesday, March 15, 2011 7 Tukang Tambah
Semalam pergi kerja kan
Tengok kat meter minyak
Logo pam minyak dah menyala
Tapi kelip2 *masih boleh senyum
Drive seolah baru keluar pam minyak ;)

Hari ni kering hati bawak kereta macam la full tank
Tengahari tadi balik lunch *tapi tak lunch pon ;(
Logo tadi tu dah tak kelip
*apa korang ingat Mamma baru pas tuang minyak ke???

Tak kelip2 bukan sebab dia padam
Tak kelip2 sebab dia terus nyala!!!!

Arghhh sudah!!!
Gelabah babun gak sebab karang kalu lepas kerja pergi amik Kimi pulak
Sekali mampos tengah jalan
Tak dapat Mamma bayangkan gondoh gandah dengan bag, laptop, anak
Adehhh sadishhhh

Masa ni la nak menitik air mata Mamma tau
Wehhhh mana gaji aku 2 bulan lebih tu syiallll!!!!

Ni nak buat cerita sedih petang2 hari lagi pulak panas2 camni
Rasa nak je Mamma hulur sekeping kertas kat bawah ni pergi isi minyak keter tau
Jangan tak caya, Mamma dah menitik air mata dah tu

Pastu kalau boleh pulak, nak je guna kertas2 kat atas tu pergi beli sayur ke mee ke kat kedai Ah Seng tepi taman tu
Boleh gak goreng2 masa beras takdek nanti!
Tapi apa kan daya kan
Ah Seng tak pandang pun!!!

Tuang jugak minyak dengan duit kelepet2 kan
*senyum jap.. Mamma senyum korang yang tak berhak jangan senyum untuk tujuan berkongsi kegembiraan
Sebab kegembiraan aku kalini sangat berharga, tanak kongsi pun...
Dalam jiwa luka lara camni..bia aku sorang je yang senyum! *sewel!


Tapi esok duk kelip2 lagi
blurppp

wahai majikan!!!.. jangan kamu menzalimi pekerja kamu..sesungguhnya azab itu pasti
*hahaha....mana riwayat aku nak taip nih ;p

Tuh tengok stetmen atas tu, tak takut ke???
Cepat la kasi gaji aku mangkuk!

Monday, March 14, 2011

BABYSITTER BARU LAGI

Hati Mamma at Monday, March 14, 2011 6 Tukang Tambah
Fuhh kami tiga banak dilanda demam masa weekend haritu
Mula Papa demam hari Rabu sampai jumaat lepas
Pastu Jumaat Kimi pulak sampai terpaksa hangkut ke hospital pukul 1.00 pagi
Sebab panas melampau
Sabtu pulak, Mamma pulak menyusul sampai Ahad *cis! ngam2 esok kena keje!
Sepanjang 'weekend fever' kami ni, Papa la segalanya
Tenkiu Papa!

Selepas 2 minggu kehilangan Kak Nor yang baik hati lagi budiman huhuhu
Selama 2 minggu jugak la Mamma kerja sekerat hari
Lagi makan gaji buta sebab balik tengahari nak mengasuh anak hua hua hua

Hari ni Kimi duduk dengan babysitter baru
Lagi berkarisma *apakah??
Namanya Cik Ilah *layak dipanggil Kimi, bukan Mamma ;p
Atau nama penuh Kak Fazilah
Umur lingkungan awal 40-an
*Sungguh gagah lagi nak mengejar Kimi hahahahha

Alah Kimi suka lompat-lompat je
Tak ada la lari macam anak rusa masuk kampung
Saja je taip lagutu kekeke

Agak happy hari ni tapi tidak menaruh sepenuh kegembiraan itu dalam hati
Takut2 kecundang ditengah jalan *haktuih!
Senang kata macam kisah Kak Nor hari tu la
Lega seluas alam, tetiba tanak jaga wawawawa
Sedih tigaluas alam! *ko paham tak???

Kimi start duduk rumah Cik Ilah hari ni
Sat ni Mamma lepas call Cik Ilah
Dia ok dan cepat mesra kata Cik Ilah tambah lagi Kimi ada kawan
Sebaya dan sejantina lagi
Lagi tengah main2 berdua tadi
Kawannya itu merupakan anak belaan jagaan Cik Ilah sejak 5 tahun lepas
Namanya Arif

Harap sangat la kalini kali terakhir Mamma mencari babysitter
Letih wehhhh

Mana yang mendoakan Mamma masa hari tadok babysitter hari
Masa tengah stress gila
Diucapkan terima kasih *sungguh formal dan bertertib jugak! ;p
ailebiu!

Thursday, March 10, 2011

PEGAWAINYA LAGI LESU!!!

Hati Mamma at Thursday, March 10, 2011 4 Tukang Tambah
Ini keratan akhbar harini
Yang sangat kecoh semalam
Yang kami diserbu oleh wartawan utusan!



KLIK CERITA PENUH

Ini kerana orang kampung setempat sudah buat aduan ke media
Sangat bagus la korang kampung
Selama 8 tahun duk kena tengking dan marah dengan korang kampung
Pasal PC rosak yang kata nak merapatkan jurang digital ni kan
Tapi tak dipeduli oleh sesapa pun!

Pastu Mamma dan seangkatan PID yang lain
Masih lagi pening dengan kontrak dan tekanan dari pihak yang mempunyai 'telo'
Lagi tekanan dengan gaji 2 bulan tak dibayar2 *deyyy..mana gaji aku daaa!!!

PEGAWAI-PEGAWAI PID LAGI LESU LA!!!!!

Wednesday, March 9, 2011

SAJA GATAI-GATAI

Hati Mamma at Wednesday, March 09, 2011 4 Tukang Tambah
Kimi stop minum susu formula sejurus selepas stop neneng
Dia bukan gemau nau dengan susu formula ni
Dia syok lagi hisap neneng masa dia kecit

Susu formula kasi time duk nursery je
Time bekepit ngan Mamma, susu formula tak pandang pon
Masatu umur dia 2tahun 3bulan
Mamma stop kan neneng terus dia tanak susu formula

Sekarang dah 5 tahun
Dah 2 tahun lebih jugakla Kimi hidup tanpa sebarang susu

Pastu semalam pergi beli barang dapur
Terpandang susu nespray ni

Terus gatai tangan sambar
Sebab ada orang kata baik kasi je la yang biasa2 dari tak kasi langsung
Sebab masa budak2 ni la nak build kalsium dalam tulang
Dah tua tak guna dah nak minum susu bagai
Orang kata la

Ada pulak cakap
Alah budak kalau kita breastfeed 2tahun plus2 tu dah cukup segalam zat mezat
Pun orang kata jugak

Mamma ni jahil bab2 kalsium ni
Study Sains Komputer kan
kekeke

*Nasib Kimi suka minum nespray ni
Jangan sampai berkampit2 dah la seminggu
Saja je Mamma cari nahas!

CECITER - CECITER

Hati Mamma at Wednesday, March 09, 2011 0 Tukang Tambah
Ceciter, ceciter
Weii la dayyy!!!! ini gambar masuk hari ni, story esok la kat utusan.com.my
Ayyyooooo

*Ini gambar disuruh berlakon. Rasa lepas ni dapat tawaran berlakon
bawah Rashid Sibir tak??? *aisshhhh
 
 http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/110309143747.jpg
* PID Tanjung Kling menjadi isu apabila komuniti setempat
membuat aduan kepada media berkenaan kerosakan kemudahan komputer
yang diberikan secara percuma kepada komuniti. Dorang kata, perkhidmatan yang
diberikan daripada kerajaan tidak sampai kepada rakyat
sekiranya kemudahan yang disediakan rosak!

* Hamba cuma menjawab apa yang fakta saja huhuhu
Kepada pihak yang berwajib, jangan marah2 sebab rakyat dah bangkit!


Monday, March 7, 2011

3 HELEM DARI BANDUNG

Hati Mamma at Monday, March 07, 2011 9 Tukang Tambah
Masa memula dengar perkataan helem tu macam
Helem?????????
Hahahahaha tapi itu lah helmet dalam bahasa hendon :P
Jenuh Mamma explain siap buat cara pakai helmet lagi kekeke

Memang pasang niat nak beli helem ni kalau ke hendon
Tapi ramai yang cakap nanti kastam rampas, erk ye ke???
Sumber2 ni agak boleh dipercayai sebab sumber2 ni selalu ke hendon
Maklumat di dapati dari forum cari.com.my

Tapi dah sampai sana, banyak sangat helem2 yang lawa2
Mamma dengan Papa terugugat jugak
Terus beli je la
Mamma cakap kat Papa, kalau kena rampas kita pejam mata je la
Lagipun harganya tak semahal mana
Dalam IDR140k saja atau lebih kurang RM40
Helem dorang semuanya air-brush

Tapi alhamdulillah semua selamat sampai tanpa ada rampasan barang kekeke
Helem2 ni kami masukkan dalam kargo

Helem benten tu pastinya anak bujang teruna kamiorang kan
Yang putih tu Mamma punya
Siap ada love-love pink
Itu Edisi Hari Valentine sebab masa kami kat hendon
Kan ke dekat nak sambut hari valentine

Yang hitam legam tu adik kecit Mamma punya
Mula tu kami beli 2 biji aje
Sekali dia makan hati tengok, nak beli jugak

Tu dia beli lain kedai dari kami
Masa odw nak balik Jakarta singgah kedai helem ni
Tapi tak banyak pilihan
Yang hitam corak rama-rama je dia dapat
Takpelah katanya, janji dapat satu hehehe

Lepas la buat round2 malam minggu kami anak banak kan
Tengok2 panorama kota Melaka yang cantek-permai ;p
*eh tujuan aku promot Melaka????

Friday, March 4, 2011

KIMI DAH MULA MENGAJI

Hati Mamma at Friday, March 04, 2011 6 Tukang Tambah
Pasal mengaji ni, naik pening lerr
Tahun lepas pengerusi taman ada panggil ustaz luar
Untuk ajar budak2 taman mengaji
Tahun lepas Kimi
baru 4 tahun kecit sangat nak hantar

Niat hati nak masukkan tahun ni
Tapi lepas raya tahun lepas ustaz
tu dah tak datang2 dah

Itu pun pasal Kimi merengek2 nak mengaji
Sebab sepupu dia kat kampung yang muda 6bulan dari Kimi dah fasih alif ba ta
Tu yang dia mengimol-ngimol nak mengaji jugak
Sampai gua naik saru
Kesiankan dia, Mamma ajar jugak
*nampak sangat aku terpaksa ajarkan??


Ni dah
bulan Mac kan
Tahap kerisauan Mamma pasal Kimi ni semakin memuncak
Yelah Mamma bukan pandai sangat
Setakat mengaji lepas sendiri boleh la hehe ;p

Dalam duk ajar tu
Mamma ada gak la tanya2 sapa2 yang nak ajar mengaji

Ada tanya makcik taman ni yang kata rabu malam nak start
Petang ra
bu tu ada Mamma jengah rumah dia semua katup senyap sunyi je
Tah mana hanyut makcik ni
Kalau Kimi panggil dah tahap nenek la huhu


Masa memula ajar tu kelakar gilos sampai Mamma gelak guling2
Perkataan lain Mamma ajar, lain dia sebut

Man
Mun
Sal

Yang paling tak tahan

Fak
kekekekeke
Sumpah Mamma tak tahan gelak masa ni wahahaha

Sekarang ni dah masuk 2 minggu mengaji
Alif
ba ta dah pandai
Sekarang ni tengah
belajar mengeja yang baris atas tu je

Tapi sayang minggu ni kena cuti
Tuan gurunya cuti
bendera merah
Maklom le, tuan guru masih muda
bergetah kekekeke ;p
*pang!!!!

Thursday, March 3, 2011

NO MOOD

Hati Mamma at Thursday, March 03, 2011 5 Tukang Tambah
Senang kata tengah moody la ni

Ni pasal babbysitter Kimi tak setel2 lagi la ni
Mana tak moody kan, semua mak pun akan moody kalau masalah babysitter nih!

Kak Nor yang kata setuju nak jaga Kimi tu
Tanak jaga pulak

Masa nak amik Kimi petang balik dari KL tu
Tiba-tiba kata tanak jaga Kimi pulak
Dia jaga sehari je la masa Mamma ke KL

Mamma dapat agak dah
Ni sebab dia kalah dengan Kimi la ni
Ye la, Kimi tu lasak kan
Lari sana sini
Si Kak Nor pulak lembut sangat

Marah orang pun macam pujuk orang ;p
Memang terlalu lembut Kak Nor ni
Korang sendiri pun tau anak Mamma camne
Sampai kadang Mamma sendiri boleh hilang sabar
Ni pulak orang yang lemah lembut macam Kak Nor ni adehhhh
Pastu tak reti nak marah2

Masa Mamma datang amik Kimi petang tu
Kimi macam monyok je, ntah nape dia
Dia ada cakap kat Mamma
Tanak duduk kat rumah Kak Nor lagi
Tatau kenapa

Tapi petang tu dia ada cakap kat Mamma
Cik Nor tu baik sangat huwaaaaaa
Dah tu nape tanak duduk sana lagi?????

Jadi Mamma pasrah dengan keadaan Kimi
Petang semalam pulak
Ada sorang kakak ni kata nak jaga Kimi siap dah janji bagai
Petangnya pulak siap sms kata tak dapat jaga pulak
Tatau la apa dugaan kali ni

Nampak gaya Mamma kena kerja sekerat hari je la sehingga dapat babysitter baru ;(
Moga Mamma tavah menghadapi dugaan ni

Sekarang Mamma memang tadok mood
Walaupun kontrak ada lagi 6bulan
Eh bukan setahun tau macam dilaung2kan dalam blgog sebelum ni!


Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting