Monday, February 28, 2011

LAST DAY

Hati Mamma at Monday, February 28, 2011 3 Tukang Tambah Links to this post
Mamma tak pergi memana
Jangan nak speku banyak sangat yerk

Cuma hari ni hari terakhir Cik Misa jaga Hakimi
Tapi tanak hantar Kimi harini sebab Mamma kerja sekerat hari je harini
*untung sapa jaga Kimi sebab banyak cuti tau selain weekend ;p
Dengan alasan dia sakit lutut dah dah tak larat
Masa hari dia bagitahu tanak jaga tu hari Isnin lepas
Menjajau Mak ko ni ha nak cari babysitter baru

Aissshh masa memula dengar Cik Misa tanak jaga Kimi tu
Mamma dah la tengah tension dengan masalah kontrak yang tak berkesudahan
Ini Cik Misa lak wat hal
Pastu bagitau lak last minute kata februari last dia nak jaga
Mamma ada 7 hari sebelum menjelang Mac
Rasa nak lembik lutut gak la
Tekanan menimpa-nimpa kan kan kan???
Januari dan februari yang penuh dugaan rasanya

Tapi dipikirkan balik
Kalau kontrak dah tamat nehi kami nehi
Apa susah kan
Mamma jaga sendiri la Hakimi
Mamma sebenarnya tidak bersedia untuk jadi surirumah-tanggabatu
Tapi cuba untuk mempersiapkan diri untuk ke arah itu

Mamma buat2 cool se'cool'-'cool'nya
Datang kerja macam la Mamma ni gaji tiga pat kali ganda pulak dari biasa
Padahal 2bulan dah tadak gaji huhuhu

Sekali pagi semalam teringat kat jiran ni
Nama dia Kak Nor
Dia sama je taman dengan Mamma tapi lorong rumah dia agak jauh dari kitorang
Jadi kurang bergaul dan kurang kenal la sket kan

Lepas tanya itu ini gedebuk gedebak kan
Makanya Kak Nor setuju untuk menjaga Kimi

Ala bukan susah sangat
Jaga sekerat hari lepas waktu sekolah je
Paling busuk 6.30 petang Mamma datang amik
Kalau tak kadang pukul 4.00, 5.00 kadang sekerat hari je ;p
*untung lagi ;))
Pastu pulak, babysitter Kimi ni
Tak payah dukung2 dah Kimi tu
Tak payah makan suap2 dah Kimi tu
Tak payah 'ba chak' - 'ba chak' dah kat Kimi tu
Senang kan????
Rugi la sapa tanak jaga Kimi tu muahahahaha

Esok Kak Nor start jaga Kimi
Harap2 la tak ada apa2 yang tak diingini dan disenangi berlaku khennn
fuh fuhhh fuuhhhhhh

*** Esok Mamma ke KL
Untuk men'yain' kontrak baru untuk setahun lagi
Sebab tu Mamma macam orang gila gak cari babysitter baru!!

Thursday, February 24, 2011

BANDUNG MEMANG BEST!!! - LAST

Hati Mamma at Thursday, February 24, 2011 4 Tukang Tambah Links to this post
Mamma janji ini last untuk cerita bandung-jakarta ni
Takat korang nak muntah hijau Mamma paham dah
Ni Mamma yang tukang karang duk mengingat
balik sejarah 11-14 Feb 2011 ni pun
Sikit lagi nak sakit kuning tauu ;p

Kain rentang masa hari last kat Jakarta (14 Fe
b 2011)
Se
bab esoknya kan Maulidur Rasul (15 Feb 2011)
Jadinya kat sana pun ada sam
butan jugak la
Se
bab seluruh penduduk Jakarta adalah muslim
Kalau kat
bandug penduduknya sudah di campurin


Kain rentang ni ada kat jalan dalam perjalanan ke Thamrin City
Hotel Mamma pulak betul2 bertentangan dengan Thamrin City
Jadi pagi tu pergi Thamrin City lagi
Se
bab malam tadi kan tak masuk
Cuma rewang kat depan je hehe

Lepas shopping dalam Thamrin City
Kitorang nak keluar terus ke Tanah Abang
Dekat je pon
Kalau jalan dalam 7-10 minit pun sampai

Sambil jalan kitorang makan jagung cawan depa
Syendap
banget la sebab taruk keju
Keju lagi kan hehehe

Ini kenderaan awam di Jakarta
Namanya '
bacey'
Mamma tak naik pun se
bab Tanah Abang tu dekat sangat
Menempek je la kat tepi
bacey tu


Permandangan dalam perjalanan ke Tanah Abang
Memang sesak dengan kenderaan



Ini dia bangunan Tanah Abang tu
Tempat nak shopping barang mura

Aishh belakang sapa yang besau bagak tu????

Tapi sikit je kami
borong kat Tanah Abang
Kitorang patah
balik ke Thamrin City
Nak makan kat Restoran D'Cost
Masa kat
bandung tak sempat nak makan sini
MR kata sedap sangat

Ke
betulan kat Thamrin City ada restoran ni
Tak la kempunan kami ni kan


Ini gambar kami dah sampai ke Thamrin City semula
Penat
beb, Kimi pun sampai terttidur2

Terus masuk ke D'Cost
Makanan murah
bangat
Sedap2 pulak tu
Masa tengah tunggu order sampai
Sempat lagi Mamma rayau dalam Thamrin City kejap
Untuk sekian kali ;p

Layan food sini memang enjoy
Ini antara food yang kami pesan
Sampai licin kami kebas

Masa ni dah petang sangat
Pukul 5 petang dah
Nak
balik hotel terus ke airport je la ni

Apa2 pun pergi sana memang
best
Yang pastinya Mamma akan merindui D'Cost :)))

Terasa nak datang lagi tapi mungkin ke
bandung sahaja

Wednesday, February 23, 2011

BANDUNG MEMANG BEST!!! - PART 3

Hati Mamma at Wednesday, February 23, 2011 5 Tukang Tambah Links to this post
Pagi hari ketiga
Nak balik Jakarta dah
Ingat nak naik bas je terus ke Jakarta
Sebab Kimi pun ok je naik bas

Nak balik Jakarta sangat dah ni
Tapi tiba2 rasa nak pergi Toko 3 kat Jalan Ahamd Yani
Mati-matian ingat kat Jalan Chihampelas
Pastu Mamma boleh tertanya pekerja Hotel Patradisa tu
Terus bedesup pergi sebelum tengahari

Kat Toko 3 tu banyak jeans Levi's original
Tapi ada yang Levi's brengsek jugek kekeke
Kena pandai tengok segala tag yang ada

Ni dalam Toko 3


Memang banyak jeans kan???


Kimi pulak sama sebuk je ngan Mamma dia test seluar
Kat fitting room tu, Mamma keluar, dia masuk, Mamma keluar, dia masuk
Sama laju lak ngan Mamma menge'test'

Paling tak tahan masa dia test seluar
Mamma tak sempat nak snap sebab Mamma pun sebuk test jeans
Sama je kalut ngan Ai huhu
Tapi nak golek2 tengok dia sama laju ngan mak dia
bahak bahak bahak


Pastu terus bedesup balik hotel amik beg semua
Mulanya amik 2 teksi bluebird ke Bandung SuperMall (BSM)
Sebab 5 orang kan
Bandung SuperMall (BSM) ni tempat bas ekspress ke Jakarta

Sampai je kat Bandung SuperMall (BSM)
Total tiket hampir je dengan amik supir ke Jakarta
Mamma terus jual balik tiket bas tu pastu amik supir kat situ jugak
Rugi duit tiket dalam RM30 gak,kejaan bongoks la namanya ni
Sebab jual balik tiket, duit tak dapat penuh huhu

Dah dapat supir, selesa la kami ke Jakarta
Dalam jam 2.00 ptg gak bertolak ke Jakarta

Sampai Jakarta, ingat nak masuk la hotel bajet yang dibooking dari Mesia tu
Pak supir tanya harga hotel yang Mamma booking
Dalam IDR275,000k x 2bilik
Katanya mahal, terus dia cadang hotel lagi jimat
Mamma terus roger hahaha
IDR240,000k sahaja untuk famly room
Cuma tambah IDR30,000 utk satu tilam
Cukup la kan wat tido je pun

Selamat duit mak tau kekeke
Supir yang hantar balik ke Jakarta ni ada baik sikit
Cewasss, tolong sket je terus kata baik

Gambar hotel tak ada pulak
Nama dia Wisma Mitra
Dekat je dengan Thamrin City tempat shopping ni
Sampai je kat Wisma Mitra, rehat kejap
Lepas maghrib keluar jalan kaki je ke Thamrin City ni

Tak shopping pun malam tu sebab banyak kedai tutup
Padahal awal lagi, baru pukul 8.00 mlm je pon

Pastu nak makan, kedai gerai2 banyak la tepi jalan
Tak selera pulak tengok bakso, soto semua tu huhu

Tapi Mamma beli kat gerai jual ayam ni
Wat masuk pastu makan dalam bilik
Nampak bersih dan kuali menggoreng ayam sangat berkilat
Persekitaran dia meniaga pun sangat bersih
Nasib kitorang datang beli tau, hampir licin ayam kamu ye mas!! ;p

Ni gerai ayam tu
Korang tengok slogan weh kekeke
'Rasa bintang lima! kah kah kah kah
Ada mau celen???


Mak pulak tunggu apa balik
Depan je gerai jual ayam ni hehe
Apam balik sini banyak version
Taruk keju, susu pekat la pastu apa2 lagi mak tak tau lah!
Mamma punya taruk chocolate rice je

Lepas makan terus kebabom terus

Eh gambo makanan ada kat dalam henpon satu lagi la
Next la Mamma menayang

Aishh esoknya sehari lagi nak menghazabkan diri
Masatu tak sabar rasa nak balik Malaysia

Tuesday, February 22, 2011

BANDUNG MEMANG BEST!!! - PART 2

Hati Mamma at Tuesday, February 22, 2011 4 Tukang Tambah Links to this post
Hari kedua pagi2 lagi dah berolak ke Degondewah yakni pusat tekstil
Kami hanak banak pergi dengan Mokcik Rehan (MR) kita
Naik teksi ke sana
Tobat mak serik nak naik supir
Lagi satu nak rasa naik kenderaan awam depa


Dalam pada duk neman MR kita kirai kain cotton
Sekali Mak pun terjebak
Yang sadisnya mak lagi banyak dari MR!!! huwa huwa huwaa


Lepas lepak Degondewah samapi sekerat hari
Duk pajak kain cotton tuh ramai2
Kitorang dah berpecah dengan MR dengan tak sengaja kekeke
Sebab susah nak dapat line kat sana
Jadi nak call payah

Kitorang decide travel dalam bandar saja
Naik Angkuta Kota ataupun van kecit yang main angkut je orang kat tepi jalan
Atau kat Mesia lebih glemer prebet sapum ;p
Yang paling best Kimi
Dia suka naik 'ankut' ni


Masa ni penumpang tak penuh
Jadi duduk pun boleh kangkang2 besau sikit hehe



Kali ni seronok jalan sebab tak payah nak dokom2 budak besau bagak tu
Tolak dalam stroller je senang
Ai punya badan pun tak sakit2
Semua orang senang hati ;))


Try KFC Hendon
Mak ingat sama aja meal nya hehehe
Hidangan kat bawah ni 2 ketul ayam sama nasi putih
Kentang putar, roti sama coleslow jangan nak mimpi!
Pastu nama meal ni 'Super ....' apatah kekeke
Pastu sos dia taruk dalam pinggan macam kat tepi tu

Terus oder
" Saya mau 3 set meal yang super tu, set pertama maunya 3ketul ayam drumstick ye mas"
"3 ketul lagi nak chest"
"3 ketul lagi maunya wing" << Mamma oder 3plate meal yang 'super' tadi

Mas kat kaunter tadi tu pening duk melayan Mamma
Sampai Mamma ulang oder 40x tapi duk bengap camtu gak

Rupanya setiap plate cuma ayam 2 ketul je kekekeke
Mamma yang bengap rupanya huhahuhahuha
Bukan apa, Mamma tengok gambar meal yang 'super' tadi tu macam 3 ketul
kuhek kuhek kuhek

Semua kebuluran kan
Sebab sarapan kul 7, luch dalam pukul 4 petang, mau tak kan
Amik meal yang besar macam kat mesia kan ada 3 ketul
hahaha kelaka pulak

Lepas mensyekik, kamiorang jalan kat Chihampelas Street
Sini macam Bintang Walk la kekdahnya
Tak shopping pun kat sini pusing je sambil jeling barang tepi jalan tu

Sekali makhluk 2 orang ni terjebak dengan pen2 yang tulis nama ni

Ai tak terlibat dengan mende alah ni
Cuma tunggu ajer

Dalam duk tunggu
Kimi pulak kena usha dengan mamat hendon ni
Semua mainan yang dia jual semua dia keluarkan kat Kimi
Siap demi satu satu kat Kimi

Tapi Kimi tetap cool, semua dia cakap 'tanak'
Memang hampalah mamat hendon tu wekkkk!!!
hehehe camtulah anak Mamma kekekeke
Sebab Mamma dah racun awal2 kat Kimi tu
Kalau nak mainan tu, orang yang jual tu amik Kimi bawak balik
bahak bahak bahak


Lepas tu naik angkut lagi pergi ke Jalan Dago/Juanda
Mau beli kek pulak dekat Kartika Sari, katanya sedap sangat
Mak Mesia, mak makan biasa2 saja tapi murah la

Lepas beli kek
Kami jalan2 lagi sekitar Jalan Dagi/Juanda tu
Sekali jumpa orang jual jagung
Kami bukan tak pernah makan jagung, tapi jagung bakar sini dia kasi sapu sos apa tah
Tapi Mamma tak makan pun, yang makan 'orang yang cerewet' tu



Ingat nak terus balik hotel je
Sebab perut pun kenyang, makan KFC petang sangat kekdahnya kan
Sekali dalam duk jalan nak tunggu angkut balik hotel
Jumpa pulak restoran gampang ni eh eh
Gampong Aceh ni miahahha


Makan2 syekik2 kan terus kebabom naik angkut

Sampai hotel je terus lesap masing2 dalam mimpi
Tak mandi tak apa dah
Mamma je mandi kekeke

Esok nak balik Jakarta dah pagi
Sambung shopping sana pulek

Monday, February 21, 2011

BANDUNG MEMANG BEST!!! - PART 1

Hati Mamma at Monday, February 21, 2011 4 Tukang Tambah Links to this post
Phewww weh la hai
Gara2 takdek gaji aku terus mental
Hampir 2 bulan gaji takdek ni wehhh!!!
Rasa sangat seroNGOK!!!!

Dalam serongok2 ni
Ni baru tak berapa serongok nak update blog
Update pasal pergi
Bandung itu hari
Dah seminggu kan ekekke

Ini adalah pengasas kepada Rom
bongan Cik Kiah ke Hendon
Eii betul apa
Mak Ai nama Rokiah tau
Sesuai sangat la nama tajuk kumpulan kami kekeke


Nasib baik sangat la Mamma hangkut stroller buruks tu buat angkut Kimi kat sana
Nak tergolek, telentang semua dalam stroller tu
Tak ada la haza
b sangat nak berdokom je macam kat Vietnam hari tu
Serik mak!!!


Awal2 samapi ke Bandung dah kena tipu aiyaks!!
Ini pasal pengankutan kereta yang Mamma booking masa kat Malaysia lagi
Harga IDR650k untuk 12jam tapi sampai sana
Di putar belit oleh depa
Katanya IDR650k hanya untuk drop-off saja takni dari airport Jakarta to
Bandung sahaja
Ingat sampai Bandung terus leh pusing2 kota Bandung kan
Rupanya kena top-up lagi IDR450 untuk pusing Bandung selama 12jam
Hari pertama sahaja kami dah rugi IDR 1, 100, 000 untuk pengankutan
Kalau ditukar ke duit Malaysia RM300+- camtu
Mahal wehhhh, cilanat!!

Ini ialah pemandu kitorang masa hari pertama
Kat sana dipanggil supir
Tak handsome kan??? kekeke
Aku dah jawab Ya siap2 kekeke astarghfirullah hehe

Kimi tengah tidor, dia tolakkan stroller
Kira macam kuli la jugak kekeke - amboi bahasam ;p
Semua barang belian kita dia bawakkan jugak


Hari pertama kami tak ke mana
Ingat nak pergi ke tempat gunung berapi Tangkuban Parahu tu
Dah kena tipu awal2 lagi terus tak jadi
Pusing2 kat Factory Outlet je untuk shopping sampai le
bam


Perkenal kan
Sebelah kanan sekali adalah satu2nya adik lelaki Mamma
Yang merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga Mamma

Malam kami makan bakso pastu rehat
Ponat wehhh!!
Kat mana tah gam
bo pun tadok nak tepek
kekeke

Thursday, February 10, 2011

LADY SS DATANG LAGI!!

Hati Mamma at Thursday, February 10, 2011 3 Tukang Tambah Links to this post
Tajuk macam nampak hantu kekekeke
*punya la teruja kan

Tapi sayang masa dia datang Mamma kurang cergas sebab selsema masih duk ada
Papa pun tak ada sebab kerja kan
Tapi tak pe, dorang ni memang aktif kekeke

Dorang singgah kali ni
Mamma masakkan asam pedas daging tulang rusuk kekeke
Pastu sayur sawi cina masak sos tiram, ikan selar kuning goreng
Pastu elur masin dan timun sebagai ulaman
Berusuk2 dorang makan kkeke
Sorry la masakan sangat simple
Sebab korang kata banyak sangat makan sebab pergi banyak rumah kan
Tu yang masak tak banyak jenis

Lady SS datang melawat Mamma bersama kedua orang tuanya
Amboi terima kasih la yerk
Dan siap bawak buah tangan kenduri kawen abang dia yang hari tu lagi
Sorry lagi sekali tau aku tak datang
* Tetap rasa bersalah

Dalam paper bag hitam ni segala mak nenek dia kasi Mamma
Pelbagai coklat dia kasi
'Heaven' la Kimi hehehe


Ini antara coklat2 yang Lady SS kasi
Gambar ni Mamma amik kat blog dia jugak walaupun dia tak kasi curi ekekeke
Tapi sebagai pencuri bahan2 dari web yang sangat handalan gitu kekeke
Gambar ni tetap Mamma dapat bolos dan tepek pulak kat blog hatimamma
hahahahah sekali lagi
*pang sedas Lady SS kasi!!!

Jom layan aneka coklat yang Mamma dapat

Coklat Ben Ten pun ada
Sungguh mengujakan Kimi aja
Memang sangat kena la dengan tema 'palotak' anak Ai kekeke


Biskut dalam balang ni serius sendap wehh!!
Mamma makan 2 keping je, yang lain Kimi ngap dulu!
*Kat rumah ko ada belen lagi x??? ;p

Ini bekas apa tah tapi korang taruk telur masin yerk
Telur masin tu masih kukuh dalam peti ais lagi
Kimi nak makan, Ai cakap dah basi kekeke
Cepat terpedaya budak tu sorang!

Dalam banyak2 coklat ni, Mamma cuma makan seketul je coklat tu
Tu pun dah belemuih kat tangan Kimi
Dia dah tak habis nak telan
Dah muak sangat2 dia nak hadap
*Pelik jugak, tggal seketul je dia muak nak telan kekeke
Tu pun makan depan tuan punya coklat kekeke


Lepas korang lesap dari rumah Mamma
Coklat tu pun lesap dalam perut Kimi!
Tu yang tak sempat snap

Nak bergambar dengan ko pun lupa khennn???
Nape ko tak ingat kan Mamma weh
Mamma lak sibuk dengan Kimi penyibuk tu

Anyway terima kasih sebab sudi datang rumah Ai siap bawak buah tangan
Bila senang2 datang la lagi
Ai suka!

KAMU APA KHABAR?

Hati Mamma at Thursday, February 10, 2011 4 Tukang Tambah Links to this post
Miahahahahaha
Soalan direct Mamma tanya kamu semua
Sihat la yerk ;))
Mamma baru stabil dari segi kesihatannya
Kesihatan emosi tetap down huhuhu
Tapi takpe Mamma tetap happy bersama kamu ;))

Lama yerk tak update blog
Rasa down hari tu memberi implikasi terhadap hatimamma perghhh
Down pasal kerja yang pastinya
Kontrak tetap tunggang langgang dengan gaji 'nehi kami nehi'!
Fuhhh

Esok sudah mahu berangkat ke Jakarta dan Bandung, Indonesia
Bersama Mak, adik kecit, adik laki dan family kecil Mamma
Total semua 6 orang yang pergi
Pasport adik lelaki Mamma boleh siap pulak dalam masa satu hari
Kalau ikutkan siap sebulan
Memang rezeki dia nak sampai Indonesia kata Papa

Percutian Mamma selama 4 hari semoga selamat pergi dan balik
Dapat la sikit mengubat hati yang lara pasal kerja ni

Wednesday, February 9, 2011

MAMA CYDA 1ST GIVEAWAY

Hati Mamma at Wednesday, February 09, 2011 3 Tukang Tambah Links to this post
* baik2 je demam terus buat tag. apa sengal ke aku neh??

Korang buat tanampak je la tulisan hijau atas tu
Meh layan aku buat giveaway ni
Dapat dari Cik Kak Molek kita Nida ;)
Toceii toceii frenz kekeke


syarat penyertaan seperti berikut :

  1. Terbuka kepada semua blogger yg berada di Malaysia sahaja dan mesti jadik follower Mama. - SUDAH
  2. Buat entry bertajuk "Mama Cyda 1st GiveAway". Letakkan gambar kat atas tu dan jangan lupa letak sekali kat Side Bar dan link kan ke entry ini. - SUDAH
  3. Letak link blog ini kat BlogList korang. Bukan apa, senang nak update apa2 nanti. - SUDAH
  4. Tag tiga orang (lebih pun takpe) dan pastikan inform orang yang ditag itu. - SUDAH
  5. Last sekali tinggalkan link korang kat komen ye. - SUDAH

Pada yang kena tag, sila bertenang yerk keke :-
  1. Iman's Umi
  2. Anak-Anakku
  3. Anastasyea
SEKIAN, TERIMA KASIH
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting