Monday, September 26, 2011

MOKTEH DATANG RUMAH ;)

Hati Mamma at Monday, September 26, 2011
Phewww lama tak update blog
Sekarang dah tak jadi blogger tegar
Sebab lepas aje puasa hari tu
Mamma diserang asma dan batuk sampai suara sakit
Mood pun terbang
Minggu ni baru rasa ok sikit
Tapi bukan itu Mamma nak ceritakan

Ni nak cerita pasal semalam
Bilamana rumah didatangi sanak saudara

Seronot bila sedara mara datang bertandang
Menziarahi Mamma yang jauh diperantauan
Ye la, nak tunggu diorang datang susah
Sebab diorang jauh nun di Terengganu
Sementara Mamma menetap di Melaka

Semalam adik kecit dan Idah datang bawak Mokteh sama Mira
Diorang ni tak pernah sampai rumah Mamma sejak 6 tahun Mamma jadi orang Melaka ;p

Harap ada kelapangan diorang sampai lagi rumah Mamma ni

Mamma sempat masak yang simple aje
Sebab Mak Saudara Papa meninggal tengaharinya sebab angin ahmar
Jadi rancangan masak memasak ditunda selepas menziarah si mati. alfatihah.

Masakan simple saja seperti menu


- Ikan goreng
- Sambal Sotong
Pajeri Nanas
- Kobis Masak Lemak Putih
- Sambal Belacan

Cukup untuk mengalas perut sebab malam tadi jugak diorang naik bas balik ke Terengganu
Tujuan Mokteh datang Melaka ni pun singgah je sebenarnya
Hantarkan anak bongsunya Si Mira ke Johor, rumah sewanya di Pasir Gudang
Sebab Mira sudah dapat kerja di sana selepas tamat pengajiannya di UTP

Tu yang Mokteh singgah Melaka
Walaupun sekejap jadi la kan
Terubat jugak rindu kat sanak saudara

Ada kelapangan sila datang lagi Mokteh!
Gambo adik kecit dengan Idah tadop
Sebab Mamma tak amik gambar
Gambar yang ada pun dari album facebook Idah
Kredit to Idah heheh ;p

0 Tukang Tambah:

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting