Friday, July 15, 2011

KIMI KENA KOMPLEN

Hati Mamma at Friday, July 15, 2011
Semalam punya story la ni
Pepagi lagi dah hujan
Maknanya kena la antar Kimi ke sekolah dan Papa pergi keje
Nak hantar Kimi dulu, jem bukan main pulak
Sampai kereta tak bergerak
Dan-dan rasa duduk KL pulak ;p

Terus pusing hantar Papa dulu
Maklom la kereta cuma sebijik saja
Tak pasal-pasal la masuk opis lambat :p

Lepas hantar Papa berdesup ke Wonderkids pulak
Sekali Ms Lee datang (guru kelas Kimi)
Rupanya nak komplen Kimi

Dia kata Kimi dalam kelas mata meliar-liar
Tak fokus kat papan hitam
Duduk tak diam pulak tu

Mamma jawab
Ye Ms. Lee, saya tau anak saya nakal sikit
Kat rumah pun macam tu jugak
T
api saya harap Ms. Lee letak dia kat paling depan sekali dalam kelas

Apa-apa hal Ms. Lee boleh tanya dia
Suruh dia bangun baca ke
Sebab masa tahun lepas dia kelas Teacher Marry
Teacher Marry pun cakap macam tu Tapi lepas dia buat macam tu, OK la jugak sebab kita asyik tanya dia

Ayooo..Kimi ar, bilangan jari kalau saya angkat 4 jari kan

Mau kena bilang satu-satu dulu baru jawab itu 4

Patutnya dia sudah boleh terus jawab itu jari is 4
Sudah 3bulan tau saya ajar dia

Lagi tau ah, tulisan sangat teruk

Ye ke Ms. Lee??

*benonya Mamma tak kesah sangat pun, apa salahnya dia bilang dulu kan???
Janji dapat jawab itu jari adalah 4. Nak stress2 sangat buat apa??
Itu tulisan ka??? Dalam writing book semua dapat star lagi dapat sticker apa??
Biasa la tulisan bebudak lagi pun

Lagipun masa hari tu you kata tulisan teruk tak apa janji otak ada bagus belajar meh!

Muka dia agak lain jugak masatu
* saja Mamma remindkan dia pasal ni sbb dia mmg ada ckp macam tu hr tu. Itu pun pasal dia komplen jangan suruh Kimi bawak nasi goreng ke, lemak ke kat sekolah..Mamma tak paham betul la Ms. Lee ni semua tak boleh bawah kecuali biskut dan roti je Dia kata dia penat nak lap2 meja kalau Kimi makan tumpah! Yeeah! itu yang sebenarnya. Ko memang dasar pemalas!!!..Cehhhh!!! Masa Teacher Marry dulu, dia suka kalau Kimi bawak bekal...kalau tumpah masa tu la nak didik dia makan elok2 kan??
Sampai la sekarang Kimi tanak bawak bekal kecuali biskut dan roti je
Takut dah bujang teruna Mamma tau

Ini tulisan Kimi dalam writing book
Apa takdek class lagi ke tulisan budak 5 tahun weh??!!!
Cuba bak mai habaq sket??

Ini tulisan dia masa awal tahun hari tu
Tidak dinafikan memang agak teruk
Tapi bukan ke ada improvement??
Apa punya cikgu la, takkan itu jadi isu besar??
*Sebab dia beriya2 komplen anak bujang mak tau

Tulisan dia masa memula belajar buat writing
Sebab masa tahun lepas tak belajar writing lagi

Lepas tu agaknya tak tersengaja Ms. Lee gamaknya
Dia bercerita seolah-oleh membuka pekung sendiri pun ye
Dia kata

Saya arr.. banyak2 kali saya ajar saya ada tepuk itu tangan dan kaki dia
*sambil dia buat contoh la..alah macam tepis2 tangan tapi ada daya tekanan la sikit tepisan dia tu
Lepas tu ar, lain parent ada cakap anak dia tanak datang sekolah esoknya



Mamma mula pelik
Eh, Kimi mana ada cakap tanak pergi sekolah ke apa

Eh bukan, student lain, bila saya pukul2 tepis macam tu Semua tanak datang sekolah esoknya Itu diorang punya parent cakap meh Memang saya ada pukul2 jugak Itu untuk kebaikan bukan saja2 mau pukul
*sah la ramai komplen dia nih ;p

Maknanya kat sini dalam kelas dia ni memang cepat baran
Kalau ada yang bengap2 sikit tu, lepas tu ajar lagi tapi tak diterima ajar jugak
Itu yang dia naik angin sampai nak tepis2 tangan bebudak ni
Lepas tu dia assume, sekali dia ajar bebudak ni terus akan dapat tangkap apa dia ajar
Mana boleh macam tu, lain budak lain peten kan???
Termasukla dengan Kimi tu

Lepas tu dia tambah
Kimi satu ar, tak boleh duduk diam Duduk dalam kelas atas kerusi pun bergerak2
Sampai ganggu pelajaran dan student lain

Yang itu Mamma memang akui la
Kimi tu, kalau tengok TV pun sambil berjoget
Memang tak boleh duduk diam

Tu yang terus Mamma sambung
You ar Ms. Lee
You taruk dia depan2 la
Apa2 You try communicate dengan dia terus
Tanya soalan terus kat dia
Suruh dia bangun jawab
Suruh dia bangun baca buku cerita ka

Nampak gaya Ms. Lee ni macam nak sambung lagi komplen pasal Kimi
Dah macam naik syok pulak dia mengata bujang teruna Ai kan ;p
Bukan tak boleh terima kan, Mamma tarak hal punya pasal kenakalan Kimi tu
Tapi agak2 la kalau semua mahu perfect payah la jugak!
Dari bawak bekal, makan sepah, tulisan buruk sampai la macam anak mak bengap sangat sampai ajar 3bulan tak dapat tangkap kan
Sekali Mamma fire dia sket

Er itu ar Ms. Lee
Kalau homework kan
Teacher memang dah bagi jawapan ke
Sebab anak saya ada bagitau jugak

Hari tu kan
Saya ajar Hakimi buat homework
Saya pun biasa la, lama tak pergi sekolah lama2 baca soalan tadika pun konpius ;p
Lepas saya baca soalan, saya tanya Hakimi mana satu jawapan
A ke B jawapan dia
Hakimi jawab A, tapi saya rasa jawapan dia B
Lepas tu You tau Hakimi jawab apa???
No Mamma, Teacher said A *glurp
No, B la Kimi
Bukan la Mamma, Teacher cakap jawapan dia A btadi tu

Mamma terbus tanya
Memang Teacher kasi jawapan ke dalam kelas tadi sebelum balik
Ye lah, kalau tak mana nak tau

Bukan sekali tau, selalu dia cakap Teacher bkasi jawapan
Macamana tu???

Terus tu jugak muka dia lain
Pusing cerita Kimi nakal balik
Duk ulang sampai Mamma kata

Tak pe la, apa2 hal You suruh je Kimi duduk depan2 dalam kelas
Ai tak kesah pun and kalau you nak pukul sikit2 Ai pun tarbabk hal
Ai nak pergi kerja, lewat sangat dah ni

Dia punya komplen macam Mamma bayar dia RM25 sebulan
Ayooo RM250 sebulan wooo!!!
Hagak2 la sket

Tahun depan Mamma tak rasa nak hantar Wonderkids
Dah survey satu tadika ni nama Excel yang Mamma ada cakap hari tu awal tahun
Rasa tadika itu ok sebab ada belajar agama sekali
Ingat kalau ada Bahasa Arab nak terus sign up sekali
Sebab sekolah rendah Papa kata nak hantar Sekolah Rendah Agama
Itu lagi better kan???

0 Tukang Tambah:

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting