Friday, October 29, 2010

MARI BERKEBUN

Hati Mamma at Friday, October 29, 2010 5 Tukang Tambah Links to this post
*entry tepek siap2!
*tajuk sangat sesuai dengan seruan bos kita kan wahai PIDnians

Tu halaman sekangkang kera kitorang keke
Hari2 Kimi duk kerja kan
Guna penyodok longkang Mamma sebagai cangkul

Mamma pernah cakap kat Papa

*Mamma - Abang, apa kata kita beli tanah se ekar

Papa nak angkat takbir dah masa tu nak semayang
Tak jadi angkat seraya berkata

*Papa - Huh?? *Mamma - Ye la, tengok la kat luar tu Sangat la rajin Kita beli la tanah, pastu kasi la dia kerjakan Untung2 tetiap ujung bulan Dah boleh makan jagung free kekekekekek

Pastu kan
Papa ni duk angkat takbir 5 6 kali tak jadi
Sebab nak gelak stetmen siot dari bini beliau

Kalau ada rezeki lagi
Silap2 Mamma buat kenduri tau
Jamu orang taman sama kamuorang
Makan bubur jagung kekekekeke

Dorang dah meleleh dah nak makan bubur jagung Kimi tu
Jom jom blah Kimi

Dah dah dah
Jom nak oii
Kita nak kuar ni
Campak je cangkul tu hehehhe

Thursday, October 28, 2010

KIMI NAK LAWAN MAMMA

Hati Mamma at Thursday, October 28, 2010 1 Tukang Tambah Links to this post
*entry tepek awal2

Ni budak nampak sangat nak lawan tokey
Mamma duk kalut main pker
Dia pun sama kalut main game
Sekarang main game yang level dia up sket

Tu dia
Layan solitaire lagi wooott wooott
Main ni sejak seminggu lalu
Collapse tu dah tak heran sangat dah
Dah selalu menang sangat ;p

Selain tu
Pinball antara kesukaan dia
Tapi dia suka lagi solitaire
Sebab dia seakan nak sama dengan poker Mamma ;p
Katanya dia pun main daun kekeke

Sekarang ni
Laptop dah selalu sangat jadi rebutan huhu
Nak kena cari sorang satu laptop ke???
Papa sila jawab ye =)

Wednesday, October 27, 2010

ENTRY KHAS - KEK GULA HANGUS UNTUK AZRIN

Hati Mamma at Wednesday, October 27, 2010 0 Tukang Tambah Links to this post
Rin!!!! Aku saja je tau
Taruk entry ni kat scheduled entry
Supaya tetap ada bahan nak wat entry kekeke
Sorry la lambat post kan resepi ni

KEK GULA HANGUS

1 cawan planta
3 1/2 cawan gula, dibuat gula hangus
2 1/2 cawan tepung gandum - ayak
15 biji telur gred A
3 1/2 sudu teh soda bikarbonat - ayak
1 tin kecik susu pekat manis
2 cawan air

Cara-cara
- pukul telur satu persatu dengan planta smpai habis
- masukkan susu
- masukkan tepung yang telah diayak bersama soda tadi sikit2
- campurkan dengan gula hangus tadi
- bakar dengan suhu 150 darjah - 170 darjah selama 60 minit

gula hangus
- taruk gula dalam periuk
- biarkan gula tadi cair semua dan hangus
- masukkan 2 cawan air
- sejukkan

Setel tau ;))
Ni kek kompom jadi yerk
Yang lain kalu nak boleh amik jugak
Dapat pahala kan ;))

Rin
, dah buat tu
Kirim la sepiring dua kekeke

Tuesday, October 26, 2010

LANGKAWI MELAMBAI-LAMBAI

Hati Mamma at Tuesday, October 26, 2010 2 Tukang Tambah Links to this post
*Entry tepek awal-awal ;p

Post ni keluar Mungkin Mamma, Mak & Kimi dah selamat tiba Langkawi
Tengah berjalan mungkin

Dalam duk kalut2 gaji takdek ni kan
Mamma
berjalan lagi pulok
Nak buat camne
Tiket flite dah booking awal2
Kena gak la pergi kan

Kalu tak dabel2 rugi

Pergi dengan duit belanja celah bedah aje ler ;p
Takdek la holiday macam orang kaye hehehe

Sakit perot??

Harap2 tadek la
kekekeke

Monday, October 25, 2010

SAKET PEROT

Hati Mamma at Monday, October 25, 2010 5 Tukang Tambah Links to this post
Still
Duk menanggung saket perot
Tapi sikit kurang coz malam tadi dah tala
Pil Chi Kit Tech Aun 2 b
Tadi pagi pergi klinik
Doc kata takde pape
Ulser Perut tu simpton dia lain
Syukurr

Hat ni ubat yang dapat tadi
Gaviscon dengan pil2 angin aje
Doc kata lagi
Tanda2 awal nak dapat gastrik
Umangg aiii tetiba lak gastrik tau

Tapi faktor gastrik banyak
Bukan skip makanan aje tau
Stress, lewat makan, banyak kerja antara faktor lain

Lupa lak nak inform
Petang semalam Mak Mamma sampai Melaka
Pagi esok nak off ke Langkawi
Bercuti barang sehari dua
En. Papa tak dapat pergi
Tiket Papa burn camtu je la
Tak dapat cuti

Makanya Mamma pergi dengan Mak & Kimi je la
Sampai entry ni dipostkan
Mak still tatau yang
Kita pergi bertiga aje!!!!

Malas nak inform awal2 kot dia risau awal pulak
kekekeke
Malam ni baru cadang nak cakap
Mesti menggelabah labah kekeke

p/s : doa2 la Mamma, Mak & Kimi selamat pergi dan balik ye noks! =)

Sunday, October 24, 2010

MAMMA PUN MEMBUBUR JUGAK

Hati Mamma at Sunday, October 24, 2010 5 Tukang Tambah Links to this post
Tak habis lagi pasal bubur
Semalam Kimi cirit-birit
Ikutkan jumaat lepas amik Kimi dari rumah Cik Misa lagi
Sampai rumah je dia mencirit
Masyammmm!

Pastu bawakla sampai sabtu dia asek ber*k2 je
Belepom2 dalam toilet tau kekeke
Kesian kan dia
Mamma buat la bubur untuk dia lagi
Pastu kasi minum air 100 plus
Petang baru okay sket cirit Kimi

Sekali lepas maghrib Mamma pulak
Tetiba datang angin kus-kus pulak
Angin berpusar kat bahagian bawah rusuk
Tekan2 tak jugak kent*t2
Asyik sendawa aje
Penyakit sakit perot isnin lepas datang balik

Makanya Mamma terpaksa juga membubur macam dorang ni
Tak ada selera dah nak makan sambil perot sakit2 cenggitu kan
En. Papa pulak siap tanya bubur sapa tu kekeke
Nak la tu kata Mamma
Sengih cam kerang busuk je

Mamma perasan
Masa sarapan pagi tu kan minum kupi!
Senin pagi lepas pun minum kupi!
Aissshh takkan tak boleh minum kupi!
Orang kampung macam Mamma ni alergi kupi pulak
Sejak bila neh????
Moskil tau ;(

Sakit perot sampai malam tadi
Papa picit2 pun tak jalan
Siap Papa kuar cari Eno dalam kebasahan hujan
Sian Papa tau
Pastu makan ubat sakit perot lagi

Tapi Mamma tak ber*k2 cam Kimi
Kalau sakit perot pastu pergi toilet,
Pastu belepom2 macam Kimi
Tak pe la jugak kan??? :)
Mungkin lega rasanya

Sampai la malam tadi pukul 2 pagi
Sakit perot datang dengan kuat sangat
Terus masuk toilet even tak rasa nak ber*k tau
Teran2 tak jalan jugak
Memerut dalam sejam jugak

Lepas tu suruh Papa lumur minyak panas kat perut
Sampai la pagi ni
Rasa nak demam pulak
Sambung tidur samapi puku 3.oo petang
Pastu lapar nauzubillah pulak
Cari peyuk terus masak
Malasnya nak kuar drive2 bagai kan
Urghhhh
Menggigil2 Mamma masak tau

Dalam duk gigil2 tu
Siap jugak sayur kacang, ikan goreng dan kuah singgang
Orang demam elok makan singgang

Sampai entry ni dipostkan
Kami 2 beranak tak mandi lagi tau
Ada sapa nak tolong mandikan kami 2 beranak tak???
kekekekeke

Saturday, October 23, 2010

BACK TO TRADITIONAL

Hati Mamma at Saturday, October 23, 2010 3 Tukang Tambah Links to this post
Kalu dah nama orang kampong
Mana nak eksyennya makan western hari2 kekeke
Hari ni balik semua ke pangkal jalan ;p
Makan cekodok bawang sama air kupi pekat panas!
Pastu cicah cicah ;))
Sungguh yummy tekak kami orang kampong ni ;)

Tuh orang kampong tu
Nak pergi kerja jap lagi
Siap peace lagi makan menu keturunan nenek moyang!
Punya la suka kan
kekekekeke
Jahat sungguh la Mamma

Friday, October 22, 2010

HARINI TEKAK WESTERN ;))

Hati Mamma at Friday, October 22, 2010 5 Tukang Tambah Links to this post
Terang lagi jelas
Kami anak beranak selera western pagini

Makan Sosej Keju bakar
Baked Bean
Scramble Egg
Pastu Roti Kismis

Sekali Papa cakap

Kimi, jom kita brekpes kat hotel!!!

Terkejut Ai tauu
Abang perli ke apa ni????

Tengah melahap kami anak beranak
Papa cakap lagi
*tabaik cakap masa makan abang

Iskkk bes betul la bubur semalam ;))

Diam tak jawab
Takut nanti kalu jawab
Ada malam ni makan bubur lagi kekeke
Keji sungguh!

Thursday, October 21, 2010

ORANG DEMAM KENA MAKAN BUBUR ;))

Hati Mamma at Thursday, October 21, 2010 6 Tukang Tambah Links to this post
Hari ni kan Mamma tak kerja
Cuti Melaka Maju 2010 kekdahnya ;p
Petang tadi tidur je kerjanya lepas boring layan poker
Sekali dapat SMS macam ni :

Abg tgh rehat. Tapi x
makan xde selera
Mata ok tpi bdan lemah jer. Ingt mlm *yela semlman duk layan poker kami laki bini
ayang wat bubur skit utk abg boleh? *blh abang..apa guna berbini kan?? hehehe
Buat smple jer.
Bubur & ikan bilis *xreti ni. bubur ayam boleh??
goreng.

Serius Mamma tak pernah wat bubur
Tambah lagi nak buat bubur bilis urghhh
Tang bilis tu Mamma blur sket
Nak blender hancur ke nak goreng biasa ke atau nak tumbuk
Pastu campak je dalam bubur tu nanti ke cane???
Tapi kalau buat semua2 cara kat atas tu
Macam semua tak kena aje

Makanya dengan sendiri bijak pandai
Terus tukar aje la
Buat bubur ayam aje senang sket
Logik sket rasanya campak isi ayam hiris nipis2 kat dalam bubur tu nanti
Hasilnya

Bubur Ayam Spesel Khas Untuk Papa ;))

Buatnya senang je
Campak isi ayam dengan halia hiris nipis2 je
Tunggu sampai nasi hancur kan
Masukkan garam dan aji sket

Pastu goreng ayam kunyit pastu carik2kan isi ayam tu
Pastu tabur daun sup

Yang bawah ni pulak
Minyak bawang putih
Yang selalu kalau makan bubur kat hotel
Menda ni macam wajib kan??

Nak buat pun senang
Cincang atau tumbuk bawang putih
Pastu goreng sampai kekuningan dalam minyak
Pastu boleh hidang sekali dengan minyak tadi

Makan sekali dengan bubur ayam tadi
Amik sket2 je la
Jangan tuang semangkuk bawang tu

Hidang kat En. Papa
Sekali dia suap
Muka lain terus!
Mamma kata sedap tak??

*Papa
- SEDAP!! :))

*Mamma - Mana sedap dengan bubur bilis yang selalu kakak abang masakkan masa bujang dulu???
*Soalan sangat jahat :D

*Papa - Yang ni lagi sedap
Sebab bubur bilis yang selalu abang makan tu
Bubur tawar pastu ikan bilis goreng makan dengan kicap
hehehehehe
*Stetmen tak kenang budi tauu ;p
Dengar di kakak abang, mampos dia kejor kekeke

Lega
Mamma tak makan sebab dah makan nasi dengan sup sayur petang tadi tu
Makan dengan Kimi
Kimi makan dekat sepinggan orang dewasa
Sekali Papa nak makan dia pun join makan bubur
Kimi Kimi *eleng2 kepala

Kimi tengah meroket bubur lagi!!!!

BURPPPP!!!!
2 pinggang nok orang demam ni makan!!
Selera takde katanya

Korang try la weii
Kalau tak sedap jangan marah Mamma tau
Korang memang tak reti la tu!!!!
Wahahahahahaha :D

1ST TRIP HAKIMI SANGAT SUCCESS

Hati Mamma at Thursday, October 21, 2010 5 Tukang Tambah Links to this post
Dari 2 hari lepas lagi Kimi pulak asyik kata tanak pergi Trip tu
Sudah!! Duit dah bayar
Bukan sikit!! Tapi gusar tetap la weii
Asyik kata nak pergi dengan Mamma & Papa je
Takut gak hari nak pergi nanti betul2 tanak pergi kan

Pagi tadi bangun lewat
Dekat jam 8.00 pagi
Maklom la layan poker aje kejenya skang ni ;p
Walaupun banyak nak kena sediakan
Untuk persiapan Kimi ke Zoo Melaka pagi ni
Masa mandi Mamma remindkan kimi balik
Yang dia tu nak kena pergi Trip
Sekali lagi kata tanak pergi
Pastu terpaksa lagi sekali bohong sunat

*Mamma - Okay harini tak pergi Zoo
Esok je pergi tapi hari ni sekolah cam biasa

*Kimi - Tapi Mamma, teacher kata hari ni tak sekolah

*Mamma - Eh, hari ni sekolah la
Teacher tu salah kotttt

*Kimi - OoOOOooo sekolah heh


Tapi Kimi tanak sarapan
En. Papa pulak sarapan roti dengan teh 'o' panas aje
Senang kerja

Meh zoom in apa keje Kimi sebelum pergi Zoo Melaka

Gambar atas kiri : Persiapan segala mak nenek untuk Kimi
Dalam beg beruang tu ada sepersalinan baju
Topi untuk menahan panas
Air suam kegemaran Kimi :D
Roti Kismis dengan Cloud 9 untuk snack Kimi

Gambar atas kanan : Suruh Kimi pakai kasut la
Kalau pakaikan selipar jepun asyik tercabut je pulak
Biasa kalu pergi school pakai kan dia selipar jepun cap Pooh je ;p

Bawah : Here we gooooo!!!!!

Sampai je bas dah menunggu
Kimi pula dah berubah tabiat
Excited semcam pulak
Dah hilang tanak pergi dengan Teacher!!!
Konon tau!!!!

Mamma dah mula gerun
'Bukan calang2 trip ni' kata ai dalam hati
Ingatkan naik van yang biasa Kimi balik dari school tu ;p
Pastu tambah 2 3 biji kereta teacher2 kat situ ngeeeee ;p

Pastu kurang la rasa gusar tu
Sebab masa nak naik kan Kimi bas tu
Nampak pekerja indon tambahan di bayar untuk menjaga semua bebudak nih
phewww

Kimi antara pelajar yang sampai lewat
Dan yang paling last sekali naik bas hu hu hu

Gambar atas kiri : Teacher pegang Kimi takut terlepas ke jalan
Nak sumbat budak itu dalam bas

Gambar atas kanan : 2 buah bas penuh
Sila percaya okey
Ramai jugak yang pergi

Gambar bawah : Nampak kepala kimi yang pakai cap putih tu??
Teacher dia sengaja taruk dia kat tepi nak kasi Kimi lambai Mamma tau
Tenkiu3

Lepas hantar Kimi naik bas
Siap doa angkat tangan * cis tipu!
Mamma blah terus balik la
Layan poker sampai tengahari
Pastu masak simple aje
Sup sayur lawan ikan goreng je
Tak sampai 1/2 jam nok!

Terus pergi jemput Kimi lak
Pukul 12.30 tghari kata dan sampai Wonderkids balik

Berpeluh tiak Mamma duk menunggu
12.30 tghr tak jugak sampai2
Sudah mula risau balik
Takut apa2 hal kan

Sekali 1.40 ptg baru sampai tau
Tapi syukur alhamdulillah tadok pape yang berlaku ;D

Jeng jeng jeng
Sampai sudah sorang2 ni

Gambar atas : Kimi nak turun
Jaga2 ;))

Gambar bawah kiri : Dah pijak tanah Wonderkids keh keh keh

Gambar bawah kanan : Gambar ni masa nak pergi pagi tadi
Tapi Mamma nak cakap yang topi putih yang dia pakai tu hilang!!!
huwa huwaa huwaaa
Esok try tanya Teacher Marry la
Tadi Teacher Marry sibuk sangat ;(

Okey korang
Sedikit interview dari Kimi
Korang layan la ;))


Seronok konon
Duk ulang itu je la ko heh????
Cubit mulut tu kan
keh keh keh

p/s : tapi perasaan syukur tu tetap ada

CINTA HATI DAH PECAH

Hati Mamma at Thursday, October 21, 2010 5 Tukang Tambah Links to this post
Semalam Mamma tak kerja
Sebab sakit perot yang hari tu
*Ingat semalam nak post entry ni, tapi line hazabian!
Jadi setel semua kerja rumah
Dalam duk basuh pinggan yang setengah sinki tu
Hasil kotoran sarapan pagi

Sekali dah duduk tindih2 dalam sink tu
Nak bilas sekali nampak macam nidah
huwa huwaa huwaaa

Ye, corelle ni nipis
Tapi dia tahan panas
Sebab tu Mamma suka
Buat masak pastu boleh terus masuk freeze
Pas tu esok terus panas je dengan corelle
Tak payah nak salin2 bekas
Ai likkkee sangat bab ni ;p

Sedih sangat weiiiii -(
Aduuuuu rasa tak lena tido dah ni

Wednesday, October 20, 2010

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

Hati Mamma at Wednesday, October 20, 2010 9 Tukang Tambah Links to this post
~~Sticky post until 20 Okt 2010
~~ Post terkini di bawah
**scroll down la, itu nak suruh gak ke?? ;p


Musim contest sudah tiba!! ;p
Kali ni kita join contest dari AshA's Family
Di tag oleh Puan Nida ** Nida!! aku buat tag ang neh ;))


Okey semua
Info contest semua ada KAT SINI ;))


Syarat-syarat contest:
1-2
DONE!!!!

Apa perlu kalian buat?
1-9
DONE!!!!

Tambahan syarat contest:
Update 25 Sept 2010 @ 10.25 p.m
DOUBLE DONE!!!!

Dan gambar yang dipertaruh kan adalah : -

jeng
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
;p ;p
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini dia ;))
v

v

v

v

v

Semayang teruh :D

NAMA = Izz Afiq Hakimi bin Hamdan
UMUR = 4 Tahun 1 Bulan 9 Hari (20 Okt 2010)
TARIKH LAHIR = 11 Sept 2006 *Hari WTC kena serang kat Amerika nuh
KATEGORI = 2A

HARAPAN
Tak banyak cuma harap dia mentaati Mamma dan Papa serta penciptaNYA. Semoga Kimi ceria selalu dan belajar rajin-rajin.

Mamma Tag diorang ni ;-
Mak Cik Rehan

Lady SS ** sadap2!! yu xboleh huhu

Mami Ahmad

Ezey ** Yu pun sadap! kekeke

Azrin
Nunu
Iman's Umi

Tuesday, October 19, 2010

TAK MASAK

Hati Mamma at Tuesday, October 19, 2010 2 Tukang Tambah Links to this post
Semalam Mamma sakit perut
Angin yang sangat kuat melanda kat dalam perut
Sampai nak duduk tak kena
Nak bangun tak kena
Last sekali amik keputusan masuk toilet
Memeruk biarpun tak rasa nak ber*k!

Tu yang tergendala
Mood tak mari
Hangin satu badan je
Yang tak bestnya
Sakit perut tu sampai la hari ni
Saat Ai menaip entry ni
Naik pedih dah rasanya ;p

En. Papa pulak dilanda demam
Sudah 3 hari
Suruh pergi klinik tanak
Makan ubat belen2 hari tu je
Sekarang ni
Dua beranak tu dah selamat kat alam mimpi dah!

Semalam En. Papa kata
Esok tak payah masak la
Sebab kami laki bini tak sihat
Ikut tak sihat
Mamma sebenarnya tak sihat dari yang hari tu lagi
Alah hari yang Mamma demam lama
Pastu melarat je
Lepas demam, batuk pulak
Pastu selsema pulak
Pastu ni cirit birit pulak
Sampai turun 4kg nok!

Jauh di sudut hati yang paling belakang rasa seronok gak
Sebab berat turun
Tapi Dekat hati yang paling depan pulak
Sengsara sebab tak larat sangat2 dah

Tu yang malam tadi
Kamiorang makan beli je
Perlakuan yang sangat jarang dibuat kalau weekdays
Biasakan Mamma masak even penat camne pun
Tapi sebab En. Papa demam
Dia tak ada selera sama Mamma
Kami amik keputusan nak makan mee sup aje

Lepas di taruk dalam pinggan
Banyak jugak juadah kami
Yang dalam kuali ada senduk tu
Kuah sup baru lepas panas
Panas2 la baru ada In kan untuk orang tak sihat macam kamiorang ni ;p
Pastu Papa tambah beli roti canai 4 keping
Urghhh banyaknya!
Mamma larat sekeping aje

Kimi pulak sekarang ni
Asyik makan je kejenya
Nampak sangat badan dia dah bulat kalu bogel!
Antara sebabnya
Kat rumah Cik Misa selalu makan kalu time senggang
*Ok la kan, dari Cik Misa tu kemut makanan hehehe

Kalu ikut Mamma
Tak suka makan ngonyeh2 mende ringan2 ni
Sekali makan nasi untuk lunch je terus dah tak makan
Kalu makan pun terus je dinner ;p

Dan esok Mamma tak kerja
Secara langsung dari rumah!
he he he

DAN RESULTNYA

Hati Mamma at Tuesday, October 19, 2010 6 Tukang Tambah Links to this post
Lepas berbincang kami laki bini
Dalam rumah bawak luar rumah
Atas katil bawak bawah katil *opsss
Atas dapor pun naik duk bincang hal ni

Kami laki bini sepakat
Pagi tadi isi borang ni
Disertai dengan wangnya sekali
Membenarkan Kimi menyertai Trip ke Zoo Melaka
Pada esok hari bersamaan 21 Oktober 2010 (khamis) ni

Nama laki tapi bini sign
Menandakan kami sangat sepakat dalam hal ini ;))

Kimi pergi dengan Teacher dan kawan2 nya
Kami sepakat juga tak ikut
Untuk dia merasa sendiri pengalaman berjalan
Tanpa mak pak dia

Friday, October 15, 2010

1ST TRIP HAKIMI KE ZOO MELAKA

Hati Mamma at Friday, October 15, 2010 4 Tukang Tambah Links to this post
Malam tadi
Tengah buat nasi goreng sama telur paprik
Nak makan malam *ahhh tak payah la tunjukkan ;p

Kimi tunjuk ni
Borang pelepasan untuk lawatan sekolah ke Zoo Melaka
Pada 21 Oktober 2010 (khamis)
Jam 8.30 am - 12.30 pm
Dengan bayaran sebanyak RM20.00
*perghh cekik darah tau..padahal masuk murah je..dah tu dekat je


Ini pulak borang jawapan parent

Mamma tak tau nak lepas ke tidak
Ye la dia kan pergi bawah kelolaan teacher dorang
Pulak tu reramai
Yang sama buas pulak tu
Risau, takut, bimbang bersatu pulak
Fuhhhh
Pulak tu dah pernah pergi sana kan

Tapi pikir lagi
Better lepaskan je demi journey dia kan
Boleh belajar sambil melawat gitu

Mamma tak tau lagi nak isi tak ni
En. Papa pun dia tak kata apa
Di lema jugak ke bang??

Wednesday, October 13, 2010

SUDAH PANDAI DEMAND

Hati Mamma at Wednesday, October 13, 2010 4 Tukang Tambah Links to this post
Ini budak kan kan kan
Sudah pandai demand
Dalam request present huhuhu

Kan Mamma sudah bgtau sebelom2 ni
Kami kan selalu bertukar-tukar present
Coklat, remote tv, sikat, buku, eraser etc okey

Pastu citer ni sambungan entry semalam
Pasal nak cari gas masak malam tadi

Mamma kan pergi cari gas kat kedai cina depan taman
Tinggal dia sorang2 kat rumah
Dah gas tak ada Mamma terpaksa balik dulu
Nak mandikan dia pastu kuar balik

Masa dalam bilik air
Tengah gonyoh2 atas bawah
Tetiba budak ni cakap

Mamma.. beli la Handphoneeeee
Nanti senang Kimi nak call Mamma
*sumpah suara dia sangat lentok

Aperrrr??????????????
Cantik muka
Ni sapa pulak pakai handphone ni?????

*Ai dah la nak cepat, nak kuar balik cari gas ni

Kawan Kimi pakai kat school tu
Ang Jeng Hang pakai
Beli la Mammaaaaa...
*nasib baik dia tak kerdip2 mata dia huhu

Takde2...
Ada pulak mintak handphone
Dah mandi, kang nak kuar cari gas ni

Nak cari gas ke Mamma???

Ye la.. Tadi pergi kedai gas habis

Okey Mamma buat macam ni
We fi
nd out the gassss *dia jerit kuat gila
*korang tengok la dia suruh Ai buat camne
.

.

.

.

.

.

*lakonan semula pagi tadi

Buat macam dalam cerita Diego kalau nak cari sesuatu
Aku dah tekanan
woot wooot wooot

Tuesday, October 12, 2010

SIAP JUGAK

Hati Mamma at Tuesday, October 12, 2010 5 Tukang Tambah Links to this post
Nak masak tapi gas pulak habis
Okey terus call tokey gas melayu
Katanya kejap lagi sampai
Masa ni baru pukul 6 lepas balik kerja tadi

1o minit tunggu tak sampai jugak
Okey takpe
Mamma keluarkan udang
Sebab Mamma nak masak ni
Sambal Udang Fresh dari perahu huhuhu
Udang dia besar2 + kecit2


.
.
.
10 minit..
Tak sampai jugak
.
.
.
Okey Mamma masak nasi dulu la

.
.
.
30 minit..
Tak sampai jugak
Sampai nasi masak pun Mamma still tunggu
.
.
.
45 minit..
Okey Mamma potong bawang dulu
Siap blender
.
.
.
Tak sampai jugak
.
.
.
Mula bosam
.
.
.
Apron dah bukak ni
Angin dah naik kepala

.
.
.
Mamma call tokey gas tu

'Hah, dah anta belom gas yang saya pesan tadi?? '
'belom, jap lagi yerk'
'Dah tak payah!!'
'erk, okey'
*dari dialog atas, korang agakla mana satu Mamma

Sejam ko Mamma tunggu gas tu
Padahal bukan jauh pun kedai
Sebelah taman aje pon
Ni lah orang melayu kalau meniaga

Dekat taman depan ada je kedai runcit tapi kedai cina
Tapi niat hati nak tolong sesama bangsa!

Terus cari kunci kuda hitam
Terus je pergi kedai cina depan taman tu jugak

Standby nak naik kuda hitam

Malang sekali lagi
Gas dah habis pulak
huwa huwa huwa

Dah la Kimi tinggal sorang kat rumah
Tak boleh jadi
Balik mandikan Kimi dulu

7.30pm keluar balik cari gas
Dapat ;))

Mula operasi memasak pukul lapan Yuuu!!!!


8.45 mlm siap jugak
Dari atas kanan : asam pedas ahad lepas, sambal udang,
Sayur kacang & ikan goreng
*Suka asam pedas yang lebih 1 hari sbb kuah dia lagi terasa ;p

Ikan goreng tu ingat nak goreng 2 ekor
Tapi dah lewat selera Mamma pun dah katup
Goreng sekor je untuk Papa

Tarik tuala terus mandi

9.00 mlm terus makan
Makan dengan Kimi

Lepas makan nak tidurkan Kimi
Tapi tak lepas sebab masa amik dia tadi kat rumah Cik Misa
Dia tengah tido pulak
Maka bercinta la Mamma nak tidokan dia

Tengah2 nak suruh tido
Dia nak makan lagi dengan Papa yang baru balik kerja
Urghhhhh tensen weh

Tapi sejak dua menjak ni
Kimi sangat kuat Makan
Risau gak ni, sebab takut obey pulak

Hari ahad lepas
Masa Mamma masak Asam Pedas
Tiga kali makan nasi
Apa kes????
urghhh

p/s : Nape aku beriya2 nak masak jugak even dah lewat???
Kalu korang mesti xmasakkan sbb bersusah payah sampai macam tu,
baik makan kat kedai je ork??
~~~~~~Sebabnya aku dah masak nasi tu!!!! Sapa nak makan????
Takkan nak makan nasi goreng lagi pagi esokkk weh
Pagi tadi dah makan nasi gorenggg urghhh

Monday, October 11, 2010

MENURUN

Hati Mamma at Monday, October 11, 2010 4 Tukang Tambah Links to this post
Tengah2 tengok gambar nak buat entry
Terjumpa gambo ni
Gambo lepas kencim
Masa kecoh Cik Lipas kena pitnah hari tu!

Ni gambar lepas kencim la tu
Jangan pulak ada kata aku dasar
Sebab semua gambar pergi amik tau ;p

Sebab kamera kat tangan kan
Orang bugil pun rasa nak snap! hahaha
Tapi dasar sikit2 ada jugak Ai rasa ;p

Lepas keluar kencim je
Terus amik pen dan buku
Pastu baring ala-ala baywatch


Terus buat Math macam kat bawah ni

Rasa2 korang la
Apa ilmu yang diturunkan Cik Lipas tu kat Kimi???

Ye la, dari Kimi nak kencim
Sampai Kimi kencim
Pastu Mamma siap lari amik kamera
Cik Lipas tu tetap kat situ macam sedang menunggu Mamma amik kamera pulak ;p

Nasib baik Mamma sampai balik nak snap pic dia
Dia tak cakap

"Cepatlah, dah lama Ai tunggu ni!!!" *sambil bentak2 kaki dia yang banyak tu ;p

Sebab rasa dia gila glemer kan

Tak pun dia tengah menurun???
Mana tau dah sehari suntuk dia kat situ kan
Kimi masuk je terus dia salurkan ilmu menurun dia kat Kimi tanpa sedar ;p

Mamma moskil sampai la ni
Atau Mamma buat pitnah sekali lagi ni??
urgh urrgghhh urrrggggghhhhh

OPIDA!!!! SORRY

Hati Mamma at Monday, October 11, 2010 4 Tukang Tambah Links to this post
Adehhhhh
Nida!!!!
Sorry sangat2 pasal tag dari ang tu
Aku tak buattt ;((
Bukan tanak buat tau

Semalam aku tak blogwalking
Dapat tag dari ang aku tak masuk blong ang dulu
Cadang ingat nak release pagi ni
Tapi masuk je pagi ni
Rupanya due date dia 10.10.10 (semalam)

Aduuuuu sorry sangat2
Nanti ang cakap aku tak sudi pulak
Rasa besalah sangat2 ni
Sorry ye nida :))

Lain kali aku dapat tag dari ang
Aku terus buat biarpun due date dia tahun depan ;p
Lepas ni jangan ko serik lak nak tag aku tau ;))

Sunday, October 10, 2010

PAINT PULAK ;))

Hati Mamma at Sunday, October 10, 2010 0 Tukang Tambah Links to this post
Dah jemu dengan Collapse
Sekarang ni tengah gila dengan Paint pulak
Sudah dalam 2-3 minggu macam tu la
Duk ulang buka Paint

Ini baru bangun tadi
Laptop kat tepi katil je
Sebab malam tadi Mamma poker sampai 3 pagi hehehe

Dengan muka tak basuh
Terus buka laptop je
Nak guna Paint

Tapi tadi Mamma bagi new lesson
Klik 'File' >> Klik 'New' untuk buka page baru
Tanpa di 'Save' kerja lama, Klik 'No' ;))

Suka sangat Kimi dapat guna tools yang kat dalam Paint tu

Saturday, October 9, 2010

LIBRESSE

Hati Mamma at Saturday, October 09, 2010 2 Tukang Tambah Links to this post
Sejak diiklankan oleh Kakak Dibah Noor kita
Mamma tertarik hati nak cuba
Saja tukar angin
Sebelom ni Kotex Slim Wing


Dah guna 3-4 bulan camtu
Lepas tu try masuk website dia ni
Nak dapatkan pek percubaan percuma punya

Semalam balik kerja nampak gedabak bungkusan plastik
Tengok2 Cik Libresse rupanya
Hampir lupa dah Ai tau ;p

Dalam 3-4 minggu jugak
Pek sampel percuma ni nak sampai rumah

Lepas buka
Banyak jugak la sampel Ai dapat ;))
Dari semua jenis yang dia jual la kan
PantyLiner pun tak dilupakan


Ai suka pakai yang hijau
Pad ataupun PantyLiner
Semua yang hijau
Itu untuk yang Slim Wing punya

Isi nama korang kat sini kalau nak jugap ;p
SELAMAT BERLIBRESSE YERK ;))

ENTRY PERTAMA SELEPAS

Hati Mamma at Saturday, October 09, 2010 0 Tukang Tambah Links to this post
Selepas broadband Blue Cube berderai hari tu
Petang tadi tarik Kimi pergi beli groceries
En. Papa kerja kan

Lepas semua setel
Try usha broadband
Sekali dapat hat ni

Harga RM150
Lepas wat lentok2 kepala
Kerdip2 manja kat tokey cina tu
Mamma dapat RM130
Okey la kan???

Walaupaun guna line celcom
Dengan modem stick Maxis
Tapi boleh je connet
Sebab ni modem free lock
Cina tu kata la ;p
Maknanya semua line boleh guna modem ni

Ini la entry pertamanya
Memperkenalkan broadband baru
he he he ;))

Friday, October 8, 2010

TAK RASA PUN NAK MASAK TAPI

Hati Mamma at Friday, October 08, 2010 2 Tukang Tambah Links to this post
Ye
Mamma tak rasa pun nak masak
Apatah lagi nak masak kari

Tapi pagi tadi En. Papa ni
Tak ada angin tak ada ribut
Tetiba lak pergi pasar tanpa diugut-ugut ;p

Masa kat PID tak pulak plan nak masak apa2 kan
Lunch tadi balik terus je buka peti capai ikan 2-3 ekor terus siang
*pagi tadi mana sempat nak siang. Pastu belen ikan yang belum siang lagi
tu petang ni la plak ;p


Buka peti teringat santan kotak yang buka hari tu
Ada lagi
Terus tumbuk bawang bagai
Laksanakan kari
Siap macam kat bawah

Itu sambal hakimi sudah dipanaskan
Kari ikan kembong
Sayur goreng kicap
Nasi Ai ready nak kena ngap!
Kesimpulan

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Membuktikan Mamma bukan seorang pembazirKenapa ek???
Asal Ai masak je terus selera datang
Bukan nak kata Mamma masak sedap
Bukan bukan bukan
Betul!

Walhal tadi tak rasa nak makan pun
Selalu camtu la
Kalu jiran sebelah kasi
Belum tentu aku nak jamah
Terok rasa perangai cam ni

Kalau orang lain
Sendiri masak tak selera nak makan
Tapi Ai????
hu hu hu

JUMAAT YANG GEMBIRA

Hati Mamma at Friday, October 08, 2010 2 Tukang Tambah Links to this post
Petang semalam balik kerja
Macam nak hujan
Gelap aje tengok kat langit
Padahal baru 5.30 ptg
Takpe kalu hujan Mamma suka
Tapi tak

Sampai aje rumah
Campak semua beg bagai
*tipu je, ai taruk elok2 tau smbil tepuk2 beg tu ;p

Pastu terus mandi
Sebab rasa cam gelap sangat macam nak maghrib gitu
Padahal siap mandi baru 6.00 ptg
Jadikan, sebab nothing to do
Kami 2 beranak lepak depan tv sambil baring2

Sekali Ai terlelap
Terjaga je pukul 7.00 ptg
Tengok2 si bujang teruna pun sama tido
Celah tiak kepam Mamma dia
Tu yang lena sangat
Terus tido sampai pagi tadi pergi school

Sekali kul 7.00 pg td dia terjaga cakap lapar
Nak makan nasi
kekeke semalam tak makan nasi kan
Dan2 tu jugak Mamma masak nasi
Makan dengan lauk bilis stok 2 bulan!

Lepas makan hampir 1 senduk lebih nasi tu
Lawan milo segelas besor ok
Terus nak melabur pulak

Lepas melabur terus ke sekolah
Sampai aje Teacher Marry cakap

Aduuu pening aku kak!!! ~Aii minahi, geram sampai cakap 'aku' plak keke
Ini semua geng Kimi la ni
Dalam kelas selalu kena marah
Tapi ni ok
~tangan tunjuk kat palotak dia pastu thumb up!

Mana taknya
Kimi sampai je
Geng2 Kimi berderet semua sambut kat gate
Geng2 buas la kan
kekekekeke

Aku senyum je
Tanak cakap apa
Marah la Marry oii..kalau untuk mendidik
Tapi jangan la sampai lebam pulak budak tu
Yang hari tu punya, 2 hari nak hilang tau!!

Thursday, October 7, 2010

ANGIN SANGAT BAIK

Hati Mamma at Thursday, October 07, 2010 3 Tukang Tambah Links to this post
Memang sangat baik
Sebab 2 hari lepas pergi urut-urut
Bukan kat SPA ribu riban
Tapi Mak Cik Kampong!
Terbaekkk!!!

Saja kasi urut
Since Kimi lahir sekali dua je urutnya
Pastu mandi wap aje la kejenya
Tapi ni dah lama tak berwap ;p

Pagi tadi sarat di dada
Tatau kenapa
Tetiba datang
Korang pernah?

Mamma selalu jugak
Tapi sudah pergi bersama angin lalu :))

**Mungkin sebab kawan kolej ajak borak pasal seks semalam kot
bab* tul!

NASI LEMAK LAGIIII

Hati Mamma at Thursday, October 07, 2010 5 Tukang Tambah Links to this post
Atas permintaan si bujang teruna ;p
Nak makan sambal bilis macam semalam
Makanya penuh dedikasi kat dapur

Tercipta lagilah Nasi Lemak untuk 2 hari berturut-turut
kekekeke
Mamma makan tiga pat suap je
Sambil2 suap dia

Pastu tanya dia nak bekal tak?
Ingat tanak dah
Sekali

Nak Mamma!!! ;))


Sambal pagi tadi
Mamma buat banyak sket dari semalam
Agak2 boleh tahan untuk 2 bulan
Stok tekak kimi kan??? ;p

Sambal tu memang agak sedap rasanyalah
Rasa dia agak lain sikit
Manis2 bawang
Sebab cara buat ni dapat dari Kak Bibah
Akak yang jaga Kimi 2 org sebelom Kak Misa
huhuhu

Meh nak kasi sket cara buat

Tumis bawang merah/besar semata dalam minyak
Dah garing masukkan cili
Masukkan belacan sket
Pastu goreng sampai cili masak
Kalau nak pekat tak payah masuk air
Kalau nak cair masukkan air sukati
Masukkan bilis yang siap goreng atau bilis x goreng
Masukkan perasa
Tak payah garam sebab nanti lama-lama masin bilis tu serap kat cili
*xperlu bawang putih

Tu saje ye cik-cik puan-paun sekalian ;p

Sampai opis
Ai layan Kek Gula Hangus @ Span
Yang buat hari tu ;p

Ini last dah
Tinggal banyak ni saja
Suruh En. Papa bawakkan untuk mak mentua Ai dia tanak
Ai ngap lah! hahahaha

Cun tak span dia???
Boleh basuh pinggan tau hehehehe

Wednesday, October 6, 2010

NASI LEMAK

Hati Mamma at Wednesday, October 06, 2010 2 Tukang Tambah Links to this post
Sarapan pagi tadi
45 minit siap makan!
Nasi lemak sambal bilis sama petai kecut
Dibeli hari isnin minggu lepas


Hakimi makan macam biasa
Mamma dia akan dapat poji-pojian la ;))

Suruh dia bawak bekal jugak hari ni
Walaupun Teacher Marry dia pesan tak payah bawa bekal setiap hari rabu
Sebab Wonderkids kasi mee/mee hoon goreng

APA KEHLAS MEE!!!!
kekekeke


MELONGKOP

Hati Mamma at Wednesday, October 06, 2010 2 Tukang Tambah Links to this post
Lunch hour tadi
Lari bawak kuda hitam pergi Celcom Centre
Pergi tunjuk modem ai yang berderai tu
Sekali diorang kata tak dapat baiki
Kalau baiki mahal cap babas

Pastu Sales Asst tu suh beli je modem
Katanya price range dalam RM180-RM200++
Tak pasti

Tapi yang
Pastinya Ai yang melongkop!!! ;p

*Anyone nak ke LowYat???

GIGIGIGIGIGLLLLLL

Hati Mamma at Wednesday, October 06, 2010 2 Tukang Tambah Links to this post
Malam tadi ingat nak on9
Sebab dah lama sangat rasanya
Tak buat entry tiga pat puloh sehari ~blah!

Sekali tak dapat nak connect
Kasi power tunjuk skil
Cabut beruk biru tu
Tonyoh2 la sikit
Sekali ko tengok!!

Berderai bersepai!!
Yang betolnya
Masa lepas raya ke belom raya hari tu

Beruk biru Mamma ni terjatuh kat jalan
Sekali motor datang terus pijak beruk biru ni
Dah patah riuk
Ada serpihan patah
Tapi gigi dia still lagi ok
Dan usb tu masih elok

Still boleh guna lagi macam biasa walaupun tersengguk2 ;p
Tapi tah macamana pulak tu
Minggu lepas gigi dia tercabut sebatang
Okay lagi bila dimasukkan balik pakai poliden ~ yang iklan joyah tampal gigi pelesu tu ;p

Sekali semalam bila tak boleh nak connect
Kan dah cakap tadi
Mamma try2 tonyoh kot2 terkena port dia kat dalam nun sana
Sekali gigi bungsu dia lak yang patah
huwaa huwaaa huwaaaa
Dah la beruk biru tu Blue Cube punya
Beli dalam RM300++ tuk modem saja
adehhh

Lunch ni try pergi celcom centre
Nak tanya camne nak ganti balik
Tapi rasa kene beli modem lain ;((
huwaa huwaaa huwaaa

Dah tak boleh nak on9
Nak judi pun tak boleh malam tadi tau ;(

Pagi tadi masuk opis gigil bukan pintu opis
Nak on internet nak balas dendam main poker yang semalam tu
Sekali modem buat mata kedip2 manja kaler oren
Mamma nak nangis!

Call 100
Tengah2 duk masukkan nombor 1 untuk bahasa melayu 2 untuk bahasa inggeris tu
Tetiba lak modem tu tak kedip2 manja lagi
Terus jegil je mata kaler biru
Means tenet dah ada
Harap bertahan jegil biru dia sampai petang ni dan terus balik
Ni nak main angin Ai ke apa???
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting