Monday, November 29, 2010

MELANCONG KE MELAKA ")

Hati Mamma at Monday, November 29, 2010
Syengal ke ape tajuk Mamma kali ni
Bukan ke memang Ai menetap kat Melaka????
muahahahahaha

Nama je duduk menetap kat Melaka berbelas tahun kan ;p
Tapi lama sudah tak merayau dalam Kota Melaka
Sudah banyak yang berubah cewass!!!

Korang pernah dengar tak 'bot sungai melaka'??
Yang bot Melaka tu menyusuri Sungai Melaka pernah la Mamma naik
Tapi berjalan menyusuri Sungai Melaka tak pernah lagi

Semalam sehari suntuk tak ke mana
Dekat pukul 5.00 petang gak kitorang keluar
'Melancong Ke Melaka" ;p

Jalan-jalan menyurusi Sungai Melaka
Lawa dowhhhh
Rasa nak datang lagi la kakakaka

Sungai ni dikapit kedua2 belakang bangunan
Kalau lalu kompom nampak bahagian2 tandas la kekeke
Tapi mana yang meniaga dorang buat cafe lawa la


Jalan-jalan sampai kat area Bangunan Merah
Nama area tu Bandar Hilir
Lepak minum cendol

Atas Kiri : Kedai cendol. Ramai orang dowh!
Atas Kanan : Papa excited nak makan cendol!
Bawah Kanan : Oder Bakso kendian tapi Bakso sampai dulu!

Kitorang oder Bakso tu semangkuk je
Rasa dulu takot tak syendap! ;p
Telahan Mamma tepat sehh!!
Haram tak syendappp!!!!

Itu gambar Mamma rasa sekali suap je terus tak makan
Gambar bawah gambar yang tak habis dah
Kimi pun tanak makan!!!
Papa lagi la tak letak kat mulut pun!!!!!

Bakso tu cuma ada mee kuning dengan daun bawang saja
Pastu begedil daging 5 ketul
Kosong sekosongnya!!!
Pastu sup dia cam tuang air suam je
RM4 semangkuk noks!!!! *taik betul!!!
Pastu dia pancut sos cili megi dengan kicap cap kipas udang kat atas daun bawang tadi
Bakso perasa sos megi wehhhhh!!!!
Serius tak pernah jumpa sebelom ni!!!

SILA JANGAN DATANG MAKAN SINI TAU!!! ;p

Jangan risau
Cendol tu sedap sebab gerai dia pun lain2
Ada 2 gerai je kat tepi jalan tu
Murah pun murah
RM1.40 je semangkuk ")

Nasibla hati tak terbakar sangat lepas snap sana sini
Lagipun oder semangkuk je
Layan gambar Kimi posing pulak

Layan gambar Mak Kimi pulak ;p

MELAWAT MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH BEERTI MELAWAT MALAYSIA
peacee ")

7 Tukang Tambah:

Iman's Umi on November 29, 2010 at 12:46 PM said...

Syokla tgk gmbr Kimi suap Mamma...pandainya...eh ni cam promote Melaka kt I je...(perasan plak)...klu bakso x sedap apela yg sy blh mkn kt situ, dh la x makan cendol...isk3.

Rinna on November 29, 2010 at 1:47 PM said...

Seronokan naik bot tuh..teringat tahun lepas berjln2 ke sana.. :)

Mamma on November 29, 2010 at 7:03 PM said...

nurul : kakaka sila terliur nk dtg ye ;p..kat situ 2 menu je..sila pergi makan kat mekdi saja keh keh keh

rinna : mmg seronok..ai naik pn rasa cam pelancong dr luar je hehehe ;p

Lady SharpShouter on December 1, 2010 at 8:29 PM said...

ceh, dia pun nk masuk kategori pelawat jugak.ada buat2 sesat tanya2 jalan tak? Haha.

eh, abg tu bkn main posing ala remaja remaja, angkat kaki sebelah buh kat batu.posing mcm time ngorat ko dulu2 ke akak? hahaha

Mamma on December 2, 2010 at 9:44 AM said...

ada nak kena pelempang free ngan polis pelancong kalu saja2 wat sesak banak camtu tau!
eh mana lak, kitorg xpenah kenal masa dulu, pas kawen baru tgk muka hahahah

fairus on July 7, 2011 at 4:13 PM said...

SELAMAT DATANG KEMBALI KE MELAKA. :)

En Azman on June 10, 2012 at 9:03 PM said...

Termurah!Harga Fixed!Tiada had penghuni!Mudah diakses!Besar dan Selesa!Banyak kemudahan!
Bermusafir di Melaka? Family@Home 3Bilik2Toilet+Aircond=RM100/night.Hubungi 0123736548/0136042525 @ http://jasinhomestay.blogspot.com/

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting