Thursday, June 10, 2010

KAWAN BAIK

Hati Mamma at Thursday, June 10, 2010
Huh dah dekat seminggu dah kan coti sekolah??
Kejap aje
Last day sekolah hari tu (Jumaat-4Jun2010)
Mamma pergi jemput Kimi kat Wonderkids

Saja la kan..Mamma pun sekerat hari je kerja...
Tunggu punya tunggu
Terpacul jugak Kimi macam kat bawah ni

Tengah seret beg dia yang besar tu
Dia orang yang pertama keluar kelas sambil berlari-lari erksss
Rupa dah macam monyet keluar kandang terlompat-lompat kan
(Apolah Mamma neh :p)
Aiisshhh Kimi neh..

Macam biasalah Kimi
Sangat suka bila Mamma amik dia
Nak lagi kalau Mamma stay lama sket kat Wonderkids tu nak bayar yuran ke etc
Semua orang dia bagitau

Nilah Mamma saya :)

Sambil senyum sampai telinga
Macam la ko sorang ada Mamma nak oii

Gambar bawah ni adalah gambar geng dia
Yang duk tengah pakai baju oren tu sangat suka kat Kimi
Nama dia pun Hakimi jugek tapi umur 5 taun la
Kelas tentu-tentunya lain kan
Sebab Kimi baru 4 taun
Jadinya Kimi panggil Abang saje..
Teacher's kat situ pun pernah bagitau Mamma
Diorang sangat kamceng!

Mamma perasan jugak time hantar Kimi pergi sekolah
Kimi masuk je gate Wonderkids tu
Si Abang dia ni berlari tempa ke arah Kimi
Dan akan pegang tangan Kimi heret ke tempat letak kasut
Pastu siap buka kan kasut Kimi taruk atas rak
Pastu heret tangan Kimi masuk kelas plak
oooooh apakah

Yang sebelah kiri pakai baju biru
Ntah anak cina mana pon
he he he
Kawan Kimi jugak
Nama Ang Jeng Hang (bunyi macam ejaan la ye :p)
Pun baik jugak dengan Kimi

Kalau kat rumah selalu sangat sebut nama kawan-kawan dia kat Mamma
Yang lainnya macam John, Alfred, Tan Nyak Yoe, Putri
Dan tah sapa2 lagi Mamma tak ingat :p

Pernah kalau Kimi tanak pergi sekolah
Maka berposak la pagi-pagi Mamma nak kejutkan dia kan
Jadi Mamma pasang strategi la

Kalau tanak pergi sekolah, tak payah la jumpa Abang!

Dan dan time tu Kimi akan melalak sebab Mamma tak kasi jumpa Abang
Jadi Mamma kena saiko dia macam ni la kan
Sebab Kimi punya peel lak
Apa yang kita tak kasi tu
Itulah dia nak sangat
Selalu bertentangan dengan arahan Mamma Si Kimi neh
Semua dalam poket la beb!
Dah tu susah sangat kan???
Mamma buat-buat tanya balik

Dah tu nak pergi sekolah tak?
Kalau tak pergi sekolah camne nak jumpa Abang?


Kimi mampu angguk je la
Masuk bilik air terus!

Dia pun suka gila kat Mamat ni sorang
Tah pape je tapi salute jugak
Sebab kecik-kecik pun friendship dah kuat :p

Ni yang duduk semua ni yang naik van la nak balik kan
Sebab diorang memang dah diajar macam ni
Jadinya tunggu van secara duduk la
Tanak berlari la konon tapi ada jugak yang terlepas
Pergi panjat slide macam kat playground tu

0 Tukang Tambah:

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting