Saturday, January 2, 2010

CERITERA 1&2 JAN 2010

Hati Mamma at Saturday, January 02, 2010
Erkksss...sila la korang tengok apa dah jadi dengan rumah hini...sangat bersepah..Rasa letih semalam tak hilang lagi..harini (1Jan2010) macam asal balik rupanya... Hakimi kena selsema..hingus siap meleleh-leleh..kesiannyek..Kimi pergi amik kain dan lap sendirik hingusnya...siapa cakap Kimi rasa nak demam la Mamma!..aiyaks!! aku try gak rasa dahi dia panas ke tak..tak panas ponn..selsema saja..apalagi..Mamma kasik la ubat selsema yang sediada kat peti ais..



Sememangnya Kimi kalau bermain dengan toys nya sangat ralik...(macam tak payah ada kawan pun tak apa..)
Dah selsema macam-macam la order dia nak..
Mamma nak makan kopok!..Isk mana Mamma nak carik kopok ni..mana ada lam stok!
Mamma Kimi rasa nak makan megi la..Huh yang ini ada tapi tak payah la kot...
Terus merengek nak makan megi sebab dia dah buka drawer yang ada megi..
Tambah plak hari ni Mamma tak masak..makan nasi goreng pagi tadi jerk yang melambak dalam itu kuali...
Yelah yelah! Mamma masakkan..sian plak rasanya..


Tengah masak megi, Mamma suruh dia makan biskut keju masin dulu
Sambil dia menunggu dan mengunyah biskut tu..mata dah tak tertahan-tahan nak tutup..
Ye ah..dah pekena ubat kaler kuning tu (selsema)..macam ni la gaya Kimi..tapi mulut tetap mengunyah biskut keju masin itu..
Mamma sempat tanya..tak payah masak megi la..Kimi nak tido nanti sapa nak makan??
Kimi nak makan megi la Mamma..
Masa Mamma amik gambar ni..sakit perut Mamma duk tahan gelak tengok muka dia..
Sambil tunggu megi masak tu..


Lepas jerk megi masak..bulat semacam mata Kimi ni..
Dah macam syiling 50 sen pun ada Mamma tengok..ka ka ka
Tapi lepas makan megi terus tido la deyy..sampai 6.10 petang..huk huk huk siann..


Dan hari ni pulak (2Jan2010)..memang tadek perancangan langsung nak keluar..lepas masak tengahari (siap makan hokeyy)..rasa nak bawak Kimi jalan-jalan pergi mandi pool kat Taman Buaya@Ayer Keroh..sampai jerk sana hujan plak..mana besh tambah lagi mengenangkan Kimi masih lagi selsema..so trip kali ni tak jadi la..patah pergi Melaka Mall..tengok movie plaks..CHIPMUNKS...tengok jadual wayang kul 5.00 ptg tapi jam kat tangan baru jerk kul 4.00 petang..Mamma ajak Papa pegi ke Mahkota Parade sebab Mamma tak suka sangat suasana kat Melaka Mall..Kitorang blah ke Mahkota Parade...sampai jer Mahkota Parade, tunggu Papa kat Playground McDonald sementara Papa dapatkan tiket..Kimi berseronok la apa lagi..


Tadaaa..ni dia tiketnya tapi pukul 6.15 baru start..
Tapi Mamma tak kesah sangat-sangat sebab bukan kat Melaka Mall..
Tu tiket tu tah cerita padayappa mana tah..tesalah cetak..dia cancel guna pen dan tulis nama CHIPMUNKS pun guna pen..
Nak jimat ke hape wooiiiitt!!!!....



Dah dapat tiket kitorang baru makan, tapi tak banyak la sebab dah makan kat rumah tadi..
Beli Happy Meal sajerk tuk Kimi dapatkan mainan..Papa cuma makan French fries sajorkk..
Nak habiskan masa menunggu kat sejam, malas nak jalan kat Mall..
Terebang...terebang..terebanggg..(terbang lah!)..Kimi kusyuk main ngan toy Happy Meal..




Dah sampai kat cinema, kitorang menunggu lak kat ruang legar nak masuk panggung lakss..
Kimi siap merangkak, berjalan berlari dah..



Dalam panggung, Kimi macam-macam gaya tengok CHIPMUNKS tuh!..
Duduk..lepas duduk berdiri lak...terjah duk atas riba Mamma pun ada..
Balik jer rumah, Kimi sepahkan toys dia lam bilik lak..lepas sepah..
TIDORRR..
senang betoll lah!

0 Tukang Tambah:

Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting